Abstract: The abolition of Primary School Achievement Test (UPSR) has triggered various reactions among educators. Although this agenda has been informed since the introduction of the new curriculum in 2011, educators and parents did not fully accept this. This research was conducted to explore and understand in-depth the views of school headmasters on the abolition of the UPSR and obtain their views on the implementation of Classroom Assessment (PBD). At the early stage the researchers conducted a survey to get an initial picture of their reactions to the issues and subsequently, the issue was explored in depth using qualitative methods. Focus group interviews conducted online to explore their perspectives on the abolition of UPSR and the implementation of PBD, which is now taking over the place of UPSR completely. However, with semi-structured interviews that were conducted, the data were distributed based on the themes that had been identified. Most school headmasters disagree with the abolition of the USPR as they do not fully understand the implementation of PBD. Among the aspects that they still lack understanding are the curriculum changes, professional judgement, quality assurance, and formative and summative assessment methods. Policymakers must ensure that a deep understanding can be formed among school headmasters to ensure that the implementation of PBD can be strengthened and fully understood. It is also suggested that further research be conducted to measure the acceptance among teachers on this issue.
Keywords: UPSR abolition, Classroom assessment, Understanding towards PBD
Abstrak: Pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga pendidik. Walaupun perkara ini merupakan suatu agenda yang telah dimaklumkan sejak pengenalan kurikulum baharu pada tahun 2011, namun warga pendidik dan ibu bapa masih belum boleh menerima perkara ini sepenuhnya. Penyelidikan ini dijalankan untuk meneroka dan memahami secara mendalam tentang pandangan guru besar tentang pemansuhan UPSR ini serta mendapatkan pandangan mereka tentang pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Pada peringkat awal para penyelidik telah menjalankan satu tinjauan untuk mendapatkan gambaran awal reaksi mereka terhadap isu ini dan seterusnya isu mengupas secara mendalam dengan menggunakan kaedah kualitatif. Temu bual kumpulan berfokus telah dijalankan secara atas talian untuk meneroka perspektif mereka terhadap isu pemansuhan UPSR dan pelaksanaan PBD yang kini mengambil alih tempat UPSR sepenuhnya. Melalui temu bual separa struktur yang telah dijalankan, data-data telah diagihkan berdasarkan tema-tema yang telah dikenal pasti. Sebahagian besar guru besar sekolah kurang bersetuju dengan pemansuhan UPSR ini memandangkan mereka kurang memahami sepenuhnya tentang pelaksanaan PBD. Antara aspek yang mereka masih kurang faham adalah dari segi perubahan kurikulum, pertimbangan profesional, penjaminan kualiti dan kaedah pentaksiran formatif dan sumatif. Pihak penggubal dasar haruslah memastikan pemahaman yang mendalam dapat dibentuk dalam kalangan guru besar sekolah untuk memastikan pelaksanaan PBD dapat dimantapkan dan difahami sepenuhnya. Dicadangkan juga agar kajian lanjut dijalankan untuk mengukur penerimaan dalam kalangan guru-guru terhadap isu tersebut.
Kata kunci: Pemansuhan UPSR, Pentaksiran bilik darjah, Pemahaman tentang PBD