Pengakhiran Dunia Menurut Kefahaman Barat: Kajian Berdasarkan Filem Terminator Salvation
Lambakan filem daripada Barat di Malaysia mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana pembikinan filem-filem tersebut bukanlah sekadar cerita, namun sarat dengan elemen falsafah dan budaya daripada Barat, tidak terkecuali juga elemen agama. Perkara ini secara tidak langsung memberikan pengaruh yang cukup besar terhadap pemikiran dan pegangan umat Islam terutama kepada golongan yang belum memiliki akidah yang mantap terutama kanak-kanak. Kajian ini bertujuan mengkaji konsep pengakhiran dunia menurut kefahaman Barat dalam filem bertajuk “Terminator Salvation”. Kajian yang menggunakan pendekatan kajian perpustakaan ini menyoroti dan menyelami kandungan yang terdapat dalam filem ini dan menghubungkaitkan dengan konsep pengakhiran dunia menurut kefahaman agama yang dianuti di Barat. Hasil kajian mendapati babak-babak dalam filem ini mempunyai kaitan yang signifikan dengan pengakhiran dunia menurut ajaran yang pelbagai, saling bercampur aduk seperti Kristian, Yahudi dan lain-lain; tanda-tanda kedatangan kiamat, konsep salvation, kedatangan Mesiah, dan tarikh perkiraan berlakunya kiamat. Kajian ini berperanan penting dalam membongkar agenda tersembunyi khususnya dalam usaha menyebarkan ideologi-ideologi Barat ke dunia Islam.Abstract: The glut of western movies in Malaysia raised an alarm among the society. The movies depicted not only fictional stories, but they were heavily clouded by western philosophy and culture, including religion. This phenomenon indirectly influenced the thoughts and belief of the Muslims especially those who have yet established strong religious stand such as children. This paper examined the end of the world concept based on western thought in the movie “Terminator Salvation”. This library research scrutinized the content of the movie and related it to the end of the world concept as understood in religious thought in the West. The outcome of the study showed many significant scenes that depicted the end of the world according to various teaching which jumbled together like Christianity, Jews and extra; such as the signs of Armageddon, the concept of Salvation, the appearance of Jesus Christ, and the approximate date of the doomsday. This paper exposed the hidden agenda explicitly in part of disseminating western ideologies to Islam world.