Mohd A’Tarahim Mohd Razali Bin Mohd Razali
◽
Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff Bin Mohd Yusoff
◽
Nor Hafizi Yusof Bin Yusof
◽
Siti Fatimah Salleh Binti Salleh
◽
Mohd Faiz Hakimi Mat Deris Bin Mat Deris
◽
...
The aim of this study is to explore the importance of Qira’at Mutawatirah as a discipline particularly in the field of fiqh (jurisprudence). As a field of study, Qiraat (Quranic reading) plays a significant role in Islamic Fiqh by way of shaping the opinions and views of the fuqaha’ (jurists). Nevertheless, some fuqaha’ are less familiar with Qiraat as a study which has thus led to some confusion and ambiguity on the matter. It was even suggested that the differences of fiqh found within the madzhabs (sects) are based on the fuqaha’s own Qiraat. Thus this paper is a discussion on the differences of wajh Qiraat within the farsh letters as found among the Qiraat scholars. This paper also analyses the relationship and influence of the Qiraat readings among the fuqaha when it comes to deriving a hukm (principle), particularly on fiqh ibadah (the laws of worship). As such, this significant study sheds light into the approach used by the fuqaha’ when it comes to extracting and deriving laws and principles based on the different Qiraat readings. The objectives of this study are to investigate the extent and role of Qiraat, to analyse and observe the relationship between Qiraat readings of the fuqaha and its relationship to the hukm. This study is based entirely on library research. Overall, the findings show that Qiraat is undoubtedly important; the differences in Qiraat have a major impact in the way that the various Islamic Fiqh were derived from the Qur’anic verses. Nevertheless, the chosen Qiraat readings by Fuqaha, on the other hand, do not play a major role in determining the fiqh within the various sects; instead the wajh Qiraat plays a major role within their respective sects. However, in some circumstances, the chosen Qiraat readings do sometimes become a source which a hukm is decided within their sects, and vice versa. It is hoped that this study becomes a pioneer for other researchers to conduct a more in-depth study on the sciences of Qiraat by exploring it critically within the various perspectives of the Islamic discipline. It is hoped that it can be analysed, studied, understood and implemented in the field of teaching and learning, in line with its importance within the other branches of Islamic discipline. It is hoped that as a study, it can be further expanded and remain significant to the Islamic scholars and the community at large.
Keyword: Qiraat Mutawatirah, Fiqh, Qiraat, fuqaha‘
Penulisan ini bertujuan merungkai hubungan rapat Qiraat dalam disiplin ilmu Islam terutamanya ilmu Fiqh. Qiraat menjadi salah satu faktor yang dominan terutamanya dalam mencorakkan perbezaan hukum Fiqh Islami dalam kalangan Fuqaha’. Namun masih terdapat kalangan yang kurang mengetahui dan memahami hakikat kewujudan ilmu Qiraat sehingga menimbulkan kekeliruan dan kesamaran mengenainya bahkan wujudnya pendapat menyatakan bahawa hukum fiqh yang diinstibatkan dalam mazhab adalah berdasarkan daripada Qiraat yang dibaca oleh kalangan fuqaha itu sendiri. Justeru kajian ini akan menyentuh dan membincangkan perbezaan wajh qiraat yang terdapat pada farsh huruf dalam kalangan ulama Qiraat. Dalam masa yang sama, kajian ini juga akan menyingkap dan menganalisis perkaitan dan pengaruhnya terhadap pengeluaran hukum oleh kalangan Fuqaha’ terutama ayat-ayat al-Quran yang melibatkan fiqh ibadat. Kajian ini penting demi memahami keadaan sebenar bagaimana kalangan Fuqaha mengeluarkan hukum fiqh berdasarkan perbezaan Qiraat. Objektif kajian ialah mengkaji sejauhmana perkaitan dan peranan Qiraat pada hukum fiqh, menganalisis dan menilai sejauh mana pertalian bacaan Qiraat yang dibaca Fuqaha’ dengan hukum yang diinstibatkan oleh Fuqaha.’ Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan berdasarkan kajian ke perpustakaan sepenuhnya. Ternyata dapatan hasil kajian ini merumuskan bahawa perbezaan Qiraat pula memberi impak yang besar dalam mencorakkan hukum fiqh dalam ayat al-Quran. Bacaan ‘Qiraat PilihanFuqaha‘ pula tidaklah menjadi faktor utama mempengaruhi hukum fiqh mazhab yang diasaskan oleh mereka bahkan fuqaha hanya menjadikan wajh Qiraat itu sebagai platform utama dalam menentukan hukum fiqh dalam mazhab yang diasaskan mereka. Namun tidak dinafikan juga, bacaan ‘Qiraat Pilihan Fuqaha‘ itu kekadang menjadi sebab penentuan hukum bagi mazhab mereka dan kekadangnya sebaliknya. Kajian ini diharap menjadi perintis kepada pengkaji yang lain untuk lebih prolifik mengenai ilmu Qiraat dalam membahaskannya dari pelbagai sudut disiplin ilmu Islam secara lebih kritis supaya ia dapat ditelaah, dikaji, difahami, diperkasai dan diimplimentasikan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan kepentingannya terhadap cabangan ilmu-ilmu Islam yang lain agar terus berkembang dan bertapak pada kaca mata Ilmuan Islam secara khusus dan masyarakat sejagat secara umumnya.
Kata Kunci: Qiraat Mutawatirah, Fiqh, Qiraat, fuqaha‘.