Massive Open Online Course (MOOC) is gaining its popularity as a learning medium. This study aims to examine the potential of MOOC for Welding Technology Course, which has been designed by the researchers, in enhancing students’ literacy on MOOC-based learning, engaging the students in meaningful learning and improving their motivation to learn. The MOOC is designed based on the syllabus of vocational college (VC). The population of the study is 111 students of Welding Technology Course from VC Batu Pahat, Malaysia. A total of 32 respondents were purposively sampled and they were in the first year of their studies. Data collected using questionnaires were analyzed descriptively using Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 20.0. The reliability of the instrument is 0.91 which shows that the dependability of the instrument is high. The findings show that the MOOC designed can increase the literacy of MOOC-based learning (3.33), motivation (3.35) and student interest (3.30), thus making the learning process more interesting in addition to improving existing teaching aids. The use of the MOOC is hoped to improve the quality of education in the vocational college. Keywords: Literacy, MOOC, motivation, interest, TVET Cite as: Ismail, M.E. et al. (2018). Penggunaan massive open online course (mooc) dalam kalangan pelajar vokasional [The use of massive open online course (mooc) among vocational students]. Journal of Nusantara Studies, 3(1), 30-41. http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol3iss1pp30-41 Abstrak Teknologi dalam pendidikan seperti elearning telah memberi satu nafas baru kepada penggunaan teknologi khususnya dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional (TVET). Dengan perkembangan pembelajaran yang semakin popular pada masa kini, Massive Open Online Course (MOOC) sering digunakan oleh pelajar sebagai medium pembelajaran. Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengenalpasti potensi aplikasi MOOC yang dibina dalam meningkatkan literasi terhadap pembelajaran gaya MOOC, menarik minat pelajar dalam pembelajaran dan membantu pelajar meningkatkan motivasi mereka dalam pembelajaran. MOOC yang dibina adalah bagi mata pelajaran Teknologi Kimpalan berdasarkan sukatan pelajaran kolej vokasional (KV). Populasi kajian melibatkan 111 orang pelajar Teknologi Kimpalan di KV Batu Pahat, Malaysia. Kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan bertujuan yang mana kajian terdiri daripada pelajar Tahun 1 Program Teknologi Kimpalan seramai 32 pelajar. Instrumen yang digunakan berbentuk borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Data yang diperolehi dikumpul dan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.0. Berdasarkan analisis yang dibuat, nilai kebolehpercayaan instrumen adalah 0.91 dan menunjukkan kebolehpercayaan instrumen berada pada tahap tinggi. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan MOOC dapat meningkatkan daya literasi terhadap MOOC (3.33), motivasi (3.35) dan minat pelajar (3.30), seterusnya menjadikan proses pembelajaran lebih menarik disamping dapat menambah baik alat bahan bantu mengajar (ABBM) yang sedia ada. Selain itu, dapatan menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi MOOC ini dapat membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Manfaat daripada penggunaan MOOC ini diharapkan dapat memberi impak dalam peningkatan kemampuan pola berfikir pelajar-pelajar KV melalui komunikasi dan pembentukan peribadi yang terbuka dalam mengharungi kehidupan sosial. Kata Kunci: Literasi, MOOC, motivasi, minat, TVET