Penggunaan Gaya Berfikir Dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Bagi Menyelesaikan Masalah Dalam Penghasilan Produk: Analisis Keperluan
Penyelesaian masalah merupakan kaedah yang praktis yang bertujuan untuk menjana idea yang bernas untuk membentuk beberapa penyelesaian yang lebih paktikal dan efektif. Penghasilan idea dalam penghasilan produk memerlukan pemikiran yang kompleks iaitu kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis keperluan gaya berfikir dan KBAT bagi menyelesaikan masalah dalam penghasilan produk dalam kalangan pelajar. Reka bentuk kajian ini berbentuk deskriptif dengan pendekatan kuantitatif. Seramai 320 orang pelajar bidang Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah telah dipilih secara rawak sebagai sample kajian. Satu set soal selidik yang dibangunkan telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS dan dibentangkan dalam bentuk min, frekuensi dan peratusan. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 90.9% pelajar menghadapi masalah semasa menyelesaikan tugasan berbentuk menyelesaikan masalah dalam penghasilan produk. Masalah yang paling banyak dihadapi semasa menyelesaikan masalah adalah menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap keraguan atau masalah yang timbul. Manakala, masalah yang paling banyak dihadapi semasa menyelesaikan tugasan dalam penghasilan produk adalah mencari idea untuk membangunkan sesuatu produk. Faktor-faktor kesukaran menyelesaikan masalah dalam penghasilan produk adalah tidak mempunyai kemahiran khusus, tidak mempunyai pengetahuan mengenai kemahiran khusus dan tidak mempunyai latihan khusus. Akibatnya, pelajar mengalami kesukaran menyelesaikan masalah dalam penghasilan produk. Namun begitu, 95.6% pelajar berpendapat bahawa mereka memerlukan ilmu gaya berfikir dan KBAT yang memberikan penerangan mengenai langkah kerja secara lengkap bagi menyelesaikan masalah dalam penghasilan produk. Dapatan ini memberi implikasi kepada pelajar untuk memperoleh dan meningkatkan Gaya Berfikir dan KBAT bagi menyelesaikan masalah dalam penghasilan produk. Abstract Problem solving is a practical method that aims to generate ideas to form some more pactical and effective solutions. The production of ideas in the production of products requires complex thinking that is higher order thinking skills (HOTS). The purpose of this study is to analyze the need for thinking style and HOTS to solve problems in product production among students. The design of this study is descriptive with a quantitative approach. A total of 320 students in the field of Diploma in Civil Engineering at Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah Polytechnic were randomly selected as the study sample. A set of questionnaires was developed as a research instrument. Data were analyzed using SPSS software and presented in the form of mean, frequency and percentage. Studies show that 90.9% of students face problems while solving tasks in the form of problem solving in product production. The most common problem when solving a problem is using the mind to find the meaning and solution to the doubts or problems that arise. Meanwhile, the most common problem faced when completing tasks in product production is finding ideas to develop a product. Factors of difficulty solving problems in product production are lack of specialized skills, lack of knowledge of specialized skills and lack of specialized training. As a result, students have difficulty solving problems in product production. However, 95.6% of students think that they need knowledge of thinking style and HOTS that provide a complete description of work steps to solve problems in product production. These findings have implications for students to acquire and improve Thinking Style and HOTS to solve problems in product production.