PENERAPAN REKABENTUK BUMBUNG RUMAH MELAYU TERENGGANU DI DALAM PEMBANGUNAN TERENGGANU
AbstrakSenibina rumah tradisional Melayu adalah salah satu warisan pertukangan yang mencerminkan identitimasyarakat Melayu. Ia bukan sahaja merupakan tempat tinggal malahan ia adalah cara hidup dankebudayaan masyarakat Melayu itu. Keindahan dan keunikan yang terdapat pada rekabentuk warisansenibina tradisioanal Melayu adalah hasil pemikiran orang Melayu. Penerapan senibina masakini terhadaprekabentuk bumbung rumah tradisional Melayu terutamanya di negeri Terengganu dapat dilihat di dalampembangunan negeri Terengganu. Kajian ini antara lain membuat pengkhususan ke atas senibinabumbung rumah tradisional Melayu Terengganu bagi melihat dengan jelas akan keunikan yang terdapatdi sebalik rekabentuk yang nyata berbeza berbanding dengan kebanyakan senibina bumbung rumahMelayu lain di Pantai barat Semenanjung dengan mengambil kira ciri-ciri rekabentuk bumbung senibinarumah tradisional Melayu Terengganu. Abstract Architectural traditional Malay house is one of the crafts that reflect the heritage of Malay identity. It isnot only a place to live but it is a way of life and culture of the Malays. The beauty and uniqueness indesign of traditional Malay architectural heritage is the result of thinking of the Malays. Application of thepresent architecture on of the traditional Malay house roof design especially in the state of Terengganucan be seen in the development of the state. This study among others specialises on traditional Malayarchitectural roof Terengganu to see if there uniqueness prevails despite substantially different designcompared to most other Malay architectural roofs in the west Coast, taking into account the characteristicsof a traditional malay roof design architecture in Terengganu.