International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT)
Latest Publications


TOTAL DOCUMENTS

168
(FIVE YEARS 48)

H-INDEX

0
(FIVE YEARS 0)

Published By Universiti Malaysia Kelantan

2289-4527, 2716-6430

Author(s):  
FARRAH ATIKAH SAARI ◽  
MOHAMMAD RUSDI MOHD NASIR ◽  
WAN SAIFUL NIZAM WAN MOHAMAD ◽  
NASIRIN BIN ABDILLAH ◽  
SITI NUR ANIS BINTI MUHAMMAD APANDI

Abstrak Bangunan rumah kedai lama merupakan aset yang memaparkan sejarah identiti pembentukan sesebuah negeri dan ia seharusnya dikekalkan untuk generasi baru. Namun kini, kebanyakan rumah kedai lama sedang diancam kepupusan kerana tiadanya proses penyelenggaraan yang baik. Bagi mengekalkankelangsungan hayat bangunan rumah kedai lama, penyelenggaraan terhadap keadaan dan fungsi bangunan perlu dilaksanakan dengan penyediaan sistem pengurusan penyelenggaraan yang sistematik. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis penyelenggaraan yang telahdilaksanakan ke atas bangunan rumah kedai lama. Selain itu, kesan dan cadangan bagi kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan juga turut dikaji. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat prosespenyelenggaraan yang dilaksanakan terhadap struktur dinding, siling, lantai, cat dan fasad. Kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan juga memberi impak yang positif terhadap nilai warisan. Saranan untuk menetapkan polisi khusus bagi penyelenggaraan bangunan warisan serta penglibatan semua pihakyang berkepentingan dalam usaha untuk melestarikan bangunan rumah kedai lama turut dikemukakan. Sebagai kesimpulan, hasil kajian ini telah menggariskan beberapa cadangan yang boleh dijadikan panduan oleh pihak berkuasa tempatan dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan mengikutkaedah pemeliharaan yang lebih baik agar nilai warisan terus terjaga.   Abstract Old shop house building is an asset that displays the history of the identity of the formation of a state and it should be preserved for the new generation. But now, most old shop houses are threatened with extinction due to lack of good maintenance process. To maintain the longevity of old shop house building, maintenance of the condition and function of the building must be implemented with the provision of a systematic maintenance management system. Accordingly, the objective of this study is to find out the types of maintenance that have been implemented on the old shop house building. Inaddition, the effects of and recommendations for maintenance work carried out are also considered. This qualitative study uses observation and interview methods. Based on the findings, the study shows that there is a maintenance process that has been carried out on the structure of walls, ceilings, floors, paintsand facades. The undertaken maintenance works also indicate a positive impact on heritage value. This study also proposes that a specific maintenance policy be adopted for the heritage buildings and effective involvement of all parties be encouraged in the effort of preserving the old shop house building.In conclusion, this study has provided some recommendations for local authorities to consider in undertaking the maintenance works so that proper conservation methods can be practiced and heritage values can be maintained.


2021 ◽  
Vol 9 (2) ◽  
pp. 109-127
Author(s):  
IWAN ZAHAR ◽  
KURNIA SETIAWAN ◽  
TENGKU FAUZAN TENGKU ANUAR

AbstractSelecting photographs for teaching photo criticism can be a difficult task. This research aims to construct the taxonomy of photo categories for teaching purposes and teaching guidelines. This research used a questionnaire and a semi-structured interview with 125 participants made up of 39 male and 86 female, 94 Malays, 12 Chinese, 16 Indians and 3 Ibans. All participants exposed to five different photographs: advertising photographs, journalistic photographs, landscapes, and two fine arts photographs. We used three questions as research instruments for 125 participants to judge each photo: What do you see? What does it mean? How do you know? Also, we used Barrett's criticism models to teach, make a rubric, and evaluate the photographs and our research instruments. From our photo teaching experience, combined with this research, students usually started from low taxonomies. They followed through to high taxonomies, or in a sequence from advertising photographs, journalistic photographs, and landscapes (fine art) to modernist photographs and postmodernist photographs (fine art). They did not have difficulty interpreting elements, design principles, and photo techniques, but they did construct it challenging to analyze the context of postmodern photographs, especially gender issues. AbstrakMemilih gambar untuk mengajar kritikan foto boleh menjadi tugas yang sukar. Penyelidikan ini bertujuan untuk membina taksonomi kategori foto untuk tujuan pengajaran dan panduan pengajaran. Penyelidikan ini menggunakan soal selidik dan temu bual separa berstruktur dengan 125 peserta terdiri daripada 39 lelaki dan 86 perempuan, 94 orang Melayu, 12 orang Cina, 16 orang India dan 3 orang Iban. Semua peserta terdedah kepada lima gambar yang berbeza: foto iklan, foto jurnalistik, pemandangan, dan dua gambar seni rupa. Kami menggunakan tiga soalan sebagai instrumen kajian untuk 125 peserta menilai setiap foto: Apa yang anda lihat? Apakah maksudnya? Bagaimana anda tahu? Kami juga menggunakan model kritikan Barrett untuk mengajar, membuat rubrik, dan menilai gambar dan instrumen kajian kami. Dari pengalaman mengajar foto kami, digabungkan dengan penyelidikan ini, pelajar biasanya bermula dari taksonomi standard. Mereka mengikuti hingga taksonomi tinggi, atau dalam urutan dari foto iklan, foto jurnalistik, dan pemandangan (seni rupa) hingga foto modernis dan foto pascamoden (seni rupa). Mereka tidak mengalami kesukaran untuk menafsirkan elemen, prinsip reka bentuk, dan teknik foto, tetapi mereka membuatnya sukar untuk menganalisis konteks foto pascamoden, terutama masalah gender.


Author(s):  
NUR AMALINA MAT RAFI ◽  
RAJA ISKANDAR RAJA HALID

AbstrakSilat merupakan seni mempertahankan diri yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu dan tersebar luas di Nusantara. Namun, tidak semua dalam kalangan masyarakat mengetahui tentang adanya proses perubatan secara tradisional di dalam persilatan dan kedua-duanya amat memerlukan antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, perubatan tradisional dalam seni silat telah bergerak seiring dengan pembelajaran ilmu silat dan berfungsi sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Aktiviti perubatan tradisional di dalam persilatan ini juga masih lagi diamalkan di Kelantan, yang juga terkenal dengan ritual perubatan melalui seni persembahan seperti Main Puteri dan Mak Yong. Walau bagaimanapun proses perubatan dalam seni silat yang dikaji berbeza dengan Main Puteri dan Mak Yong di mana ia tidak dipertontonkan di hadapan khalayak ramai. Mengungkap secara lebih mendalam mengenai perubatan dalam seni silat, pengkaji akan menerangkan objektif kajian ini iaitu apakah jenis penyakit yang dialami oleh pesakit dan bagaimana proses perubatan dilakukan oleh gurulatih. Di samping itu, pengkaji telah menjalankan kaedah pemerhatian serta pemerhatian secara ikut serta dan menemubual beberapa orang gurulatih seni silat itu sendiri. AbstractSilat is an art of self-defense that is well known among the Malay community and is widespread throughout the Malay Archipelago. However, the society might not be aware that in silat there is a practice of traditional healing and both need one another. In other words, traditional healing in silat have been moving along with the learning aspect of the martial art and serves as an effort to cure several illnesses suffered by a patient. Silat healing activities are still being practiced in Kelantan, which is known for its traditional healing rituals through the performance of Main Teri and Mak Yong. The healing process in the Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia, Kelantan branch is different from Main Teri and Mak Yong and can’t be shown to the public. In looking deeper into the healing process in silat, the researcher analyses the objectives of this study which covered the types of illnesses experienced by patients and how healing processes were done by the ‘gurulatih’. The research was conducted using the participant-observation method and interviews with a few silat ‘gurulatih’  


Author(s):  
NIK HASSAN SEMAN ◽  
MOHD ISKANDAR DAUD ◽  
NOR KAMILAH MAKHTAR ◽  
NIK AZHAR NIK AB RAHMAN ◽  
FARAH DILLA RAMLI

AbstractInclusive Education Program (IEP) is a challenging educational transformation as the teachers who are involved in it need to equip themselves with a strong field of knowledge, sound teaching skills as well as commendable attitudes. This study aims to examine the state of readiness of mainstream teachers in terms of knowledge and acceptance of the implementation of the Inclusive Education Program for learning disabilities. A total of 80 mainstream teachers in several primary schools in the district of Kota Bharu Kelantan were selected as respondents in this study. Data were collected through an online survey using a google form questionnaire and were analyzed descriptively. The findings show that the involved mainstream teachers have a high level of state of readiness in terms of knowledge of the Inclusive Education Program, while in the aspect of acceptance, most respondents obtained a moderate level. The results of this study show that many efforts and programmes are needed to help improve knowledge and the level of acceptance among mainstream teachers to successfully implement an Inclusive Education Program for learning disability.   AbstrakProgram Pendidikan Inklusif (Inclusive Education Programme, IEP) merupakan satu program transformasi Pendidikan negara yang mencabar kerana guru yang terlibat perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan pendidikan inklusif yang mantap, kemahiran mengajar yang baik dan memiliki sikap yang terpuji. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan guru arus perdana dari segi pengetahuan dan penerimaan pelaksanaan IEP dalam masalah pembelajaran. Seramai 80 orang guru arus perdana di beberapa sekolah rendah di daerah Kota Bharu, Kelantan telah dipilih sebagai responden kajian. Data dikumpulkan melalui kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik Google Form secara atas talian dan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan guru arus perdana yang terlibat mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dalam aspek pengetahuan berkaitan IEP, manakala dalam aspek penerimaan, majoriti responden menunjukkan tahap yang sederhana. Hasil kajian ini menunjukkan perlunya pelbagai usaha dan program dijalankan bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan tahap penerimaan dalam kalangan guru arus perdana untuk melaksanakan IEP dalam kategori masalah pembelajaran.


Author(s):  
NURUL AMIRA OMAR ◽  
AHMAD FIRDAUSE MD FADZIL ◽  
ROSFATIHAH CHE MAT

AbstrakFenomena kemunculan perniagaan teroka baharu oleh wanita bukanlah topik baru jika disusuri dari susur galur sorotan kajian lepas. Ramai penyelidik lepas melihat pelbagai perspektif yang berbeza-beza mengikut cabang disiplin masing-masing sepertimana ekonomi, pengurusan, psikologi, sosiologi dan lain-lain lagi. Namun ironinya, perbincangan berkaitan proses pembinaan teori keusahawanan wanita dikatakan masih bersifat pramatang. Kajian konseptual ini telah menggunakan kaedah kajian perpustakaan terhadap 95 artikel terpilih bersangkutan fenomena keusahawanan wanita dalam proses penciptaan teroka baharu yang terdiri daripada beberapa jurnal utama bidang keusahawanan wanita. Hasil kajian literatur ini mendapati, penglibatan usahawan wanita melalui perniagaan teroka baharu terbukti memberi impak positif dari sudut peningkatan peluang pekerjaan serta memperkembangkan inovasi produk baru dalam sesebuah negara. Kesinambungannya, kajian ini bertujuan untuk mendalami berkenaan fenomena keusahawanan wanita terutama berkenaan proses penciptaan teroka baharu memandangkan disiplin ini masih lagi bersifat pramatang terutama dalam proses pembangunan teori. Bersandarkan kepada teori Gartner, 1985, penyelidik memberi huraian yang jelas bagi menerangkan bagaimana keusahawanan wanita yang berlaku boleh dikaitkan dengan empat perspektif berbeza iaitu individu, persekitaran, organisasi yang ditubuhkan dan juga proses keusahawanan yang berlaku. Hasil huraian ini memberi gambaran dan sudut pandang yang khusus kepada usahawan wanita untuk memfokuskan kepada sisi yang memberi impak baik kepada perkembangan perniagaan teroka baru mereka.   AbstractThe discussion about emerging women’s new venture creation is not a new topic when traced back from the past literature. Previous researchers looked at various perspectives according to their respective disciplines, such as economics, management, psychology, sociology etc. Ironically, the discussion related to the women entrepreneurship theory-building process is said to be premature. This conceptual study has used the library research method on 95 selected articles concerning the phenomenon of women entrepreneurship in the new venture creation process consisting of several main women entrepreneurship journals. Based on the result from literature review, the involvement of women entrepreneurs through new venture businesses proved to have a positive impact in terms of employment opportunities and the development of new product innovations in a country. This study investigated the relevance of the women entrepreneurship phenomenon related to the new venture creation process as this discipline is still premature. Based on Gartner's theory, the researchers provide a clear description of how women’s entrepreneurs can be associated with four different perspectives: individuals, environments, organizations established, and entrepreneurial process. The results of this description can provide a specific overview and perspective for women entrepreneurs to focus on the side that has a positive impact on the development of their new venture business.


Author(s):  
MOHD FIRDAUS CHE YAACOB

Abstrak Kajian ini dijalankan untuk menganalisis aspek kemasyarakatan melalui pemikiran oleh A. Samad Said dalam novel popular beliau yang bertajuk Daerah Zeni dan Hujan Pagi. Hal ini kerana aspek kemasyarakatan yang dibincangkan dalam novel oleh A. Samad Said dapat menggambarkan kekuatan pemikiran pengarang melalui kreativiti beliau yang dapat memberi sumber maklumat terkini kepada khalayak atau pembaca. Oleh itu, kajian ini juga dijalankan bertujuan mengenal pasti dan menganalisis aspek kemasyarakatan melalui pemikiran A. Samad Said dalam novel Daerah Zeni (1985) dan Hujan Pagi (1992). Di samping itu, reka bentuk kajian ini bersifat kualitatif melalui kaedah kepustakaan dan analisis kandungan teks. Selain itu, teori sosiologi dijadikan sebagai deduktif untuk memantapkan analisis perbincangan. Sebagai kesimpulannya, hasil dapatan kajian ini membuktikan bahawa A. Samad Said bijak mengutarakan cetusan idea dan kreativiti dalam usaha membincangkan isu semasa yang dapat diterima secara terbuka oleh masyarakat di dalam novel popular beliau. Abstract This study was conducted to analyze the aspects of society through the thinking by A. Samad Said in his popular novel titled Daerah Zeni and Hujan Pagi. This is because the societal aspects discussed in the novel by A. Samad Said can illustrate the strength of the author's thinking through his creativity which can provide the latest sources of information to the audience or readers. Therefore, this study was also conducted by aiming at identifying and analyzing the aspects of society through the thinking by A. Samad Said in the novels Daerah Zeni (1985) and Hujan Pagi (1992). This study is qualitative in nature by using the library methods and text content analysis. In addition, sociological theory is used deductively to strengthen the analysis of the discussion. This study has proven that A. Samad Said has wisely expressed the spark of ideas and creativity in an effort to discuss current issues that can be openly accepted by the community in his popular novel.  


2021 ◽  
Vol 9 (2) ◽  
pp. 128-142
Author(s):  
MOHD ZAIM MOHD ZAKI ◽  
TENGKU FAUZAN TENGKU ANUAR ◽  
HANA YAZMEEN HAPIZ ◽  
AWENG EH RAK ◽  
ZULKIFLI AB RAHIM

AbstrakKajian ini membincangkan tentang kesan aktiviti mengokok dalam kalangan pengokok etak yang terdapat di Kelantan. Masalah gangguan otot Muscular telah dikenalpasti wujud dalam kalangan responden yang dikenali sebagai Musculoskeletal disorder (MSD), kesan daripada menggunakan peralatan “mengokok” yang diwarisi turun-temurun. Masalah seperti kelenguhan, kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian otot responden semasa aktiviti “mengokok” etak menjadi permasalahan utama bagi kajian ini. Kajian ini melibatkan tiga responden yang merupakan antara pengokok etak yang masih bergiat aktif di Kelantan. Kajian menggunakan metod temubual, pemerhatian dan thematic analysis untuk menganalisis dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahagian badan yang terjejas secara langsung akibat aktiviti “mengokok” dalam jangka masa yang panjang ialah pada bahagian tulang belakang (back spine) dan pergelangan tangan. Antara faktor-faktor yang menyumbangkan hazard adalah peralatan “mengokok” yang digunakan oleh responden. Hasil temubual menunjukkan, faktor postur memainkan peranan penting dalam hubungkait antara MSD dan masalah-masalah kesihatan yang dialami oleh responden.   AbstractThis study discusses the effects of etak harvesting activities among etak harvester found in Kelantan. Muscular Muscle Disorders is identified to exist among respondents as the effects of using harvester equipment for a prolonged time. Few difficulties have been identified such as lethargy, pain and discomfort in the muscles of the respondents during the activity of harvesting etak. This study involved three respondents who are among the etak harvester that are still active in Kelantan. The study adopted ethnographic approaches which are interviewmethods, observations, and Nordic Body Map analysis to analyze the  findings of the study. The findings of the study show that the parts of the body that are affected by the prolonged harvesting activities are the back spine and wrists. Among the factors that contributed to the hazard was the harvesting equipment used by the respondents. The results of the interviews showed that working posture plays an important role in probing the relationship between MSD and health problems experienced by the respondents.


Author(s):  
FAZRUL MOHD NOR ◽  
ABD RAHMAN TAMURI ◽  
ABD KHAMIM ISMAIL ◽  
MOHD ERFY ISMAIL ◽  
MOHD HASRIL AMIRUDDIN

AbstrakPenentuan ketulenan jongkong emas dengan kaedah ujian tanpa musnah adalah perkara yang paling mencabar dalam industri emas terutama jika jongkong emas dipalsukan dengan cara meletakkan tungsten di dalamnya. Instrumen yang sedia ada mempunyai keterbatasan untuk menentukan ketulenan jongkong emas dan sukar untuk mengesan tungsten di dalamnya kerana tungsten mempunyai ketumpatan yang hampir sama dengan emas. Kajian ini mengemukakan keterbatasan instrumen kaedah ujian tanpa musnah seperti densimeter, alat timbangan, sinar-x pendarfluor dan ultrasonik. Dalam kajian ini menemui kesukaran untuk mengenal pasti emas palsu menggunakan instrumen kaedah ujian tanpa musnah seperti ultrasonik dan x-ray fluorescence (XRF) kerana instrumen ini mempunyai batasan. Setakat ini tiada lagi kajian yang berkaitan pemalsuan jongkong emas kerana harganya yang mahal untuk dijadikan sebagai sampel kajian. Masalah jongkong emas palsu dapat diselesaikan jika ketepatan instrumen yang digunakan untuk mengukur ketumpatan dapat ditingkatkan lagi sehingga 0.01 g/ml. Ini kerana perbezaan antara ketumpatan emas dan tungsten adalah 0.05 g/ml. Pemalsuan emas dengan mencampurkan tungsten akan dapat dikesan jika ada instrumen yang mempunyai ketepatan sekurang-kurangnya 0.01 g/ml. Manakala instrumen lain seperti XRF digunakan untuk mengesahkan ketulenan emas di bahagian permukaan sahaja. Oleh itu, bagi pengujian yang lebih menyeluruh masalah jongkong emas palsu ini perlu diselesaikan dengan menggabungkan kedua-dua kaedah ini.   Abstract Determination of the gold bar purity by non-destructive method remains one of the most challenging in gold industry especially when the tungsten is inside the gold bar. The existing instruments have limitations in their accuracy to determine the purity of gold when tungsten also inside the gold bar since both tungsten and gold have almost similar densities. This study presents the limitations of the non-destructive test method instruments such as densimeter, weighing balance, x-ray fluorescence (XRF) and ultrasonic in determining the purity of gold. In this study found the difficulty in identifying counterfeit gold using non-destructive test method instruments such as ultrasonic and XRF due to some limitations. So far, there are no studies related to the counterfeiting of gold bars due to its expensive price to be used as a study sample. The problem of counterfeit gold bars can be solved if the accuracy of the instrument used to measure the density can be further increased up to 0.01 g/ml. This is because the difference between the density of gold and tungsten is 0.05 g/ml. Gold counterfeiting by mixing tungsten will be detectable if there is an instrument that has an accuracy of at least 0.01 g/ml. While other instruments such as XRF will be used to verify the purity of gold on the surface only. Therefore, for more thorough testing the problem of fake gold ingots needs to be solved by combining these two methods.


2021 ◽  
Vol 9 (1) ◽  
pp. 126-133
Author(s):  
FARRAH ATIKAH SAARI ◽  
WAN AHMAD AMIR ZAL WAN ISMAIL ◽  
TENGKU FAUZAN TENGKU ANUAR

Abstrak Isu kemiskinan kanak-kanak amat jarang diwacanakan di Malaysia sedangkan ia merupakan isu kritikal yang menjadi penentu masa hadapan mereka dan negara. Keadaan kemiskinan kanak-kanak menjadi lebih teruk dengan penularan wabak Covid-19 dan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Andaian awal, PKP memberikan kesan secara multidimensional ke atas kemiskinan kanak-kanak. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengetahui cabaran berkaitan implikasi Covid-19 yang berbentuk multidimensional ke atas kemiskinan kanak-kanak. Kajian menggunapakai pendekatan kualitatif dengan merujuk kepada sumber sekunder sahaja yang terdiri dari Laporan Kemiskinan Kanak-kanak Bandar, UNICEF 2017, artikel jurnal, buku dan tesis yang berkaitan. Pengkaji menggunakan instrument melalui pendekatan Cadangan Dasar Program sedia ada yang dikeluarkan oleh United Nations Children's Fund (UNICEF Malaysia) yang meliputi empat bidang iaitu pendidikan, makanan, kesihatan dan kebajikan. Hasil kajian mendapati bahawa implikasi Covid-19 sememangnya telah memberi pelbagai kesan negatif kepada kanak-kanak dalam pendidikan, makanan, kesihatan dan kebajikan. Kesimpulannya, kajian ini telah membantu pelbagai pihak, khususnya pihak kerajaan berkaitan realiti kesan Covid-19 dan PKP ke atas kemiskinan kanak-kanak dari pelbagai dimensi.   Abstract The poverty issue among children is rarely being discussed and talked about in Malaysia while it is one critical problem that could affect the future generation as well as the nation. The poverty rate among children has increased with the outbreak of the Covid-19 pandemic and also the declaration of Restricted Movement Order (RMO). Based on the early estimation, RMO has been affecting the children's poverty in multidimensional aspects. Hence, objective of the study is to know the challenges related to the Covid-19 implications in form of multidimensional aspects regarding the children poverty. The research is using a qualitative approach by referring to the secondary resources which is the Report of Poverty in Urban Kids, UNICEF 2017, journal articles, books, and theses. Researchers use the instrument through the existing Program Policy Proposal approach issued by the United Nations Children's Fund (UNICEF Malaysia) which covers four areas, education, food, health and welfare. The results of the study found that the implications of Covid-19 have indeed had various negative effects on children in education, food, health and welfare. In conclusion, this study has helped various parties, especially the government bodies on tackling the reality of Covid-19 and RMO towards the poverty of children in multidimensional aspects.


Author(s):  
FAIRULADILAN HAMADUN ◽  
NASIRIN ABDILLAH ◽  
NORMAN YUSOFF ◽  
NUR SYAHIRAH ANANI NOR ADZLI

Abstrak Hang Tuah (1956) merupakan salah satu filem adaptasi Melayu yang terkenal dalam sejarah perfileman tanah air. Filem ini dikatakan cuba mengangkat karya kesusasteraan Melayu klasik melalui Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Memandangkan filem ini bersifat adaptasi, maka sering menjadi perhatian dalam kalangan sarjana. Antara aspek yang sering menjadi daya tarikan mereka adalah soal kesetiaan dalam aspek naratif seperti plot, lakonan, gaya bahasa, latar dan tema. Namun demikian, artikel ini hadir dengan melihat kepada aspek lain iaitu stailistik yang mana merupakan salah satu elemen penting dalam pembuatan filem seperti sinematografi, mise en scene dan penyuntingan. Aspek stailistik filem Hang Tuah (1956) cuba diselami dengan mengaplikasikan teori historical poetic of cinema oleh David Bordwell (1989). Sebagai kerangka analisis utama dalam artikel ini, maka historical poetic of cinema cuba menjawab persoalan kajian; bagaimanakah aspek sejarah mampu memberi kesan terhadap stailistik filem Hang Tuah (1956)? Analisis kandungan turut dipilih sebagai instrumen kajian utama untuk memperolehi data daripada buku, artikel jurnal dan filem. Hasil analisis mendapati bahawa filem Hang Tuah (1956) cenderung kepada stailistik model pembuatan Hollywood. Walau bagaimanapun, keadaan persekitaran industri perfileman Melayu era 1950-an cuba mengubah stailistik filem Hang Tuah (1956) kepada acuan filem India.   AbstractHang Tuah (1956) is one of the famous adaptation films in Malay cinema. The film endeavours to uplift the classical Malay literature through the Hikayat Hang Tuah and Sejarah Melayu. Since Hang Tuah (1956) is an adaptation film, it has always attracted the scholars’ attention. Among the main attractions is the matter of loyalty in the narrative aspects such as plot, acting, language style, background and theme. However, this article looks at other aspect namely stylistics. This important element of stylistics in film production includes cinematography, mise en scene and editing. The stylistics aspect of Hang Tuah (1956) was investigated by applying the historical poetic theory of cinema by David Bordwell (1989). As the main analytical framework in this article, historical poetic of cinema attempts to answer the research question of how the historical aspects can affect the style of Hang Tuah (1956) film? Content analysis was chosen as the main instrument for obtaining data from books, journal articles and films. The analysis found that Hang Tuah (1956) tends to resemble Hollywood production model. However, the environment of Malay film industry around 1950’s had influenced the stylistics of Hang Tuah (1956) film to be shaped by an Indian mould.


Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document