Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap tingkah laku agresif yang berlaku di lima buah sekolah di kawasan Bandar Johor Bahru. Secara khusus, kajian ini untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap faktor yang menyebabkan berlakunya perlakuan agresif pelajar dan jenis tingkah laku agresif yang berlaku di sekolah menengah. Dalam konteks kajian ini, hanya tiga persepsi pelajar sahaja yang dikaji, iaitu dari aspek faktor yang menjurus kepada perlakuan agresif pelajar, jenis tingkah laku yang berlaku di sekolah dan persepsi hipotesis. Seramai 260 orang pelajar yang dikategorikan sebagai agresif dari tingkatan satu, dua dan empat di lima buah sekolah di kawasan bandar Johor Bahru dipilih secara rawak berperingkat dilibatkan dalam kajian ini. Alat kajian ini ialah Instrumen Soal Selidik Senarai Semak Masalah Mooney yang mengandungi 64 item berbentuk skala Likert. Nilai kebolehpercayaan (alpha croanbach) alat kajian adalah 0.81. Secara keseluruhan, tahap persepsi pelajar terhadap perlakuan agresif dan jenis berada pada tahap yang tinggi melebihi min 3.67. Dapatan hipotesis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor suasana sekolah, latar belakang keluarga, sikap pelajar, psikologi dan rakan sebaya dengan jantina. Di samping itu, terdapat hubungan yang signifikan antara tingkah laku verbal dan anti sosial dengan pendapatan ibu bapa. Persepsi pelajar terhadap perlakuan agresif di sekolah menengah menunjukkan bahawa pelajar bertindak secara agresif berpunca daripada faktor–faktor berikut, iaitu suasana sekolah (min 4.1), latar belakang keluarga yang kurang memberikan perhatian kepada pelajar (min 3.86), sikap pelajar (min 3.88), psikologi (min 3.65) dan rakan sebaya (min 3.68). Tingkah laku agresif yang kerap dilakukan ialah tingkah laku fizikal (min 3.57), verbal (min 3.53) dan anti sosial (min 3.34). Dapatan kajian ini menunjukkan tahap agresif pelajar di sekolah adalah pada tahap yang tinggi. Cadangan untuk mengatasi masalah antaranya ialah pihak sekolah harus mengenal pasti budaya pelajar agresif dan memperkasakan program pembimbing rakan sebaya agar dapat mengurangkan masalah pelajar agresif.
Kata kunci: Faktor suasana sekolah; latar belakang keluarga; sikap pelajar; faktor psikologi; rakan sebaya; agresif
The objective of the study is to identify the perception of the students on aggressive attitudes in five secondary schools in Johor Bahru. This study also attempts to identify the factor and types of aggressiveness among secondary school students. This study focused on three important aspects which was causes on students’ aggressiveness, types of aggressive attitudes and hypothesis perception. A total of 260 questionnaires were distributed at random stage to aggressive student from form one, two and four. The instrument used for this research the Mooney Problem Check List. consist of 64 Likert skill items. The reliability value (alpha croanbach) for the instrument was at 0.81. Findings revealed that the level of students aggressiveness and the type of aggressiveness in secondary schools in Johor Bahru were at the high mean score more than 3.67. Researach hypothesis shows that there is no significant difference between school environment factors, family background, students attitudes, psychology, and peers group with gender. There is significant relationship between verbal behaviour and anti–social with family income. Students’ perception between aggressive attitude in secondary school show that environment of the school is dominant (mean 4.1), less attention from family background (mean 3.8), students’ attitude (mean 3.88), psychology (mean 3.65) and their friends (mean 3.68). The most common aggressiveness attitude among student was the physical attitude (mean 3.57), verbal (mean 3.53) and anti social (mean 3.34). Thus this research shows that the aggressive attitude among students was high. The study suggested that the school should identify aggressiveness culture among the students and should implement the peers program reduce the problems.
Key words: School environment; family background; peer group; students attitude; psychology factor; aggressive