[The Contemporary Challenges of Public Management by Women Celebrities in Malaysia] Cabaran Kontemporari di Era Globalisasi dalam Pengurusan Masyarakat oleh Pendakwah Selebriti Wanita di Malaysia
Today's world sees globalization leaving a huge impact on women's lives. Globalization is shaping a complex life with positive and negative impacts. For female celebrity preachers, globalization has its own challenges when it comes to managing society. Qualitative methods were used in this study with a case study approach and in-depth interview method. In terms of sampling, the informants selected were two female celebrity preachers in Malaysia: Isfadiah Mohamed and Norhafizah Musa. Studies have found that the challenges they face are ambiguity, complexity, complexity, volatility and uncertainty. Dunia hari ini menyaksikan globalisasi meninggalkan impak yang besar dalam kehidupan wanita. Globalisasi mencorakkan kehidupan serba kompleks dan mempunyai impak positif dan negatif. Bagi pendakwah selebriti wanita, globalisasi mempunyai cabaran tersendiri dalam mendepani pengurusan masyarakat. Metode kualitatif digunakan dalam kajian ini dengan pendekatan kajian kes dan menggunakan metod temubual secara mendalam. Dari segi persampelan, informan yang dipilih adalah dua orang pendakwah selebriti wanita di Malaysia iaitu Isfadiah Mohamed dan Norhafizah Musa. Kajian mendapati antara cabaran yang dihadapi oleh mereka adalah kekaburan (ambiguity), kerumitan (complexity), perubahan mendadak (volatility) dan ketidakpastian (uncertainty).