[THE QUR'AN'S GUIDE IN FACING PANDEMIC TRIBULATION] PANDUAN AL-QURAN DALAM MENGHADAPI TRIBULASI WABAK
The Qur'an is a revelation that is a useful guide for believers in facing various problems of life including pandemic tribulations. Al-Quran shows guidance in accepting and eradicating the pandemic that Allah SWT has determined. Problems arise for some who claim that pandemics should be avoided through technology prevention or treatment alone. Apparently in the Qur'an provides guidance in aspects of life and religion to face the pandemic tribulations. The objective of this study focuses on formulating the Quranic guide in dealing with pandemic tribulations in terms of preparation, prevention and awareness. This qualitative study was produced by applying the method of data collection and analysis of data from Quranic verses and key interpretations. Important findings state that references to revelation cause pandemic to be encountered and eradicated by the norms of faith. Pandemic have been recorded in the Qur'an as a test against the believers and a catastrophe against the negative group among human beings. The Qur'an is also not left behind in explaining the situation of qadha pandemic which contains great wisdom. The most important conclusion is that the adherence to the Qur'an causes people to become calm and continue to strive to deal with pandemic without rejection of the demands of faith. Allah SWT must be remembered as the owner of the epidemic that has occurred over time, even though the apparent cause of some pandemics is due to habits or viruses among humans. Al-Quran al-Karim merupakan wahyu yang menjadi panduan berguna buat manusia yang beriman dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup termasuk tribulasi wabak. Al-Quran mengutarakan panduan dalam menerima dan menangkis wabak yang telah ditentukan Allah SWT. Permasalahan timbul bagi sesetengah pihak yang mendakwa wabak seharusnya dijauhi dengan kaedah pencegahan atau perawatan teknologi semata-mata. Ternyata dalam al-Quran menyediakan panduan dalam aspek duniawi dan ukhrawi bagi menghadapi tribulasi wabak. Objektif kajian ini memfokuskan kepada merumuskan panduan al-Quran dalam menghadapi tribulasi wabak dalam aspek persediaan, penghindaran dan kesedaran. Kajian kualitatif ini dihasilkan dengan mengaplikasikan metod pengumpulan data dan penganalisisan data daripada ayat al-Quran dan pentafsiran muktabar. Dapatan penting menyatakan bahawa rujukan terhadap wahyu menyebabkan wabak dapat dihadapi dan ditangani dengan norma keimanan. Wabak sememangnya telah dirakamkan dalam al-Quran sebagai ujian terhadap orang beriman dan bencana terhadap golongan negatif di kalangan manusia. Al-Quran juga tidak ketinggalan dalam menerangkan situasi qadha’ wabak yang mengandungi hikmah yang besar. Kesimpulan terpenting ialah sesungguhnya pegangan terhadap al-Quran menyebabkan manusia mernjadi tenang dan terus berusaha menangani wabak tanpa berlaku pemisahan terhadap tuntutan keimanan. Allah SWT wajib dingati sebagai pemegang urusan wabak yang berlaku zaman-berzaman biarpun zahir penyebab sebahagian wabak adalah disebabkan tabiat atau virus di kalangan manusia.