Isu Pelaksanaan Komunikasi Bukan Lisan dalam Pengajaran Bahasa Arab Melalui Atas Talian
Nonverbal communication skills (NVC) are the cornerstone of effective teaching and facilitation process among teachers. Due to the development of information technology and its influence on education practices, the implementation of this communication via online platform should be mastered by teachers as well. The discussion uses a meta-analysis approach by investigating previous studies to identify issues of NVC practice in online Arabic language teaching. The results showed that there are some issues of NVC practice in Arabic Language teaching and facilitating process via online platforms. The issue of NVC practice among teachers during teaching process in traditional or online classrooms still exists despite their knowledge in subject matter itself. Among them are the weaknesses in verbal communication practices as well as external factors such as the workload and technology support. The implications of this study suggest that teachers who teach traditionally need to first improve their weaknesses in their NVC skills as it will be harder in online teaching process. Teachers cannot avoid following the current trend of teaching and learning as the need for education is constantly changing when current technologies take place. Thus, infrastructure and technology need to be developed in tandem with excellent communication skills. ABSTRAK Kemahiran komunikasi bukan lisan (KBL) adalah tonggak kepada keberkesanan pengajaran dan pemudahcaraan guru. Oleh kerana pembangunan teknologi maklumat dan pengaruhnya terhadap amalan pendidikan, maka pelaksanaan komunikasi ini perlu dikuasai oleh guru secara atas talian. Penulisan ini menggunakan pendekatan meta analisis, iaitu dengan cara merujuk kajian lepas bagi mengenalpasti isu pelaksanaan KBL dalam pengajaran Bahasa Arab melalui atas talian. Hasil analisis menunjukkan terdapat isu pelaksanaan KBL dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Arab melalui atas talian. Isu pelaksanaan KBL dalam kalangan guru ketika pelaksanaan PdPc dalam bilik darjah tradisional dan atas talian masih berlaku walaupun mereka mempunyai ilmu pengetahuan terhadap subjek Bahasa Arab. Antara isu yang dikenalpasti ialah kelemahan amalan komunikasi lisan dan juga faktor luaran seperti bebanan tugas yang dipikul oleh guru dan sokongan teknologi. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa guru yang mengajar secara tradisional perlu memperbaiki kelemahan dalam kemahiran KBL terlebih dahulu. Ini kerana ia akan menjadi bertambah sukar sekiranya proses PdPc dijalankan secara atas talian. Guru tidak dapat mengelak daripada mengikuti arus perubahan PdPc era baharu ini kerana desakan dan keperluan teknologi dalam pendidikan sentiasa berubah dari masa ke masa. Demikian, prasarana dan teknologi perlu dibangunkan seiring dengan kejituan dalam kemahiran komunikasi.