Al-Aslu Fi Al-Asyya’ Baina Al-Ibahah Aw Al-Hazr: Pemakaiannya dalam Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
This study attempts to expose the problem of the origin of a matter which has no clear and detailed argument whether it is illegal or necessary, as the jurists have disputed about this, where some of them have made al aslu fi al-asyya al-ibahah as a legal maxim used in their school, and some others use the al-asl fi al-asyya al-hazr as a maxim. The author tries to clarify the disputes among the scholars on the matter with the arguments and the opinion of the rulers. The writer also considers the application of this maxim in MJFK, which shows that its application is more focused in the law of food and beverage. The study also found that this method was not used as the main argument but simply as an argument supporting the main argument. It is hoped that this study will provide a new exposures to the public on the use of al aslu fi al-asyya al-ibahah in making legal decisions. Keywords: Legal maxim, MJFK decision. ABSTRAK: Kajian ini cuba mendedahkan permasalahan mengenai asal sesuatu perkara yang tidak mempunyai dalil yang jelas dan terperinci samada ianya haram ataupun harus, ini kerana para fuqaha’ telah berselisih pendapat mengenai perkara ini, di mana sebahagian daripada mereka telah menjadikan al aslu fi al asyya’ al ibahah sebagai satu kaedah fiqhiah yang digunapakai dalam mazhab, dan sebahagian yang lain menggunakan kaedah al aslu fi al asyya’ al hazr. Penulis cuba menjelaskan perselisihan ulama mengenai perkara tersebut beserta dengan dalil-dalil dan pendapat yang rajih. Seterusnya penulis menilai pemakaian kaedah ini dalam MJFK, dimana ia menunjukkan pengaplikasiannya lebih tertumpu dalam bab hukum berkaitan makanan dan minuman. Kajian juga mendapati kaedah ini bukan digunakan sebagai dalil utama sebaliknya hanya sebagai hujah yang menyokong dalil utama tersebut. Adalah diharap agar kajian ini akan dapat memberi satu pendedahan baru kepada masyarakat tentang penggunaan kaedah al aslu fi al asyya’ al ibahah dalam pembuatan sesuatu keputusan hukum. Kata kunci: Kaedah fiqhiah, Keputusan MJFK