Dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia sejak tahun 2003. Perlaksanaan polisi ini telah melalui satu kitaran. Pelajar sekolah yang mula belajar dalam tingkatan satu serta pelajar matrikulasi di pelbagai pusat pengajian tinggi di Malaysia telah menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi khususnya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Kertas kerja ini akan memberi sedikit gambaran tentang kesan perlaksanaan polisi ini terhadap pelajar di beberapa buah fakulti yang diambil secara rawak di UTM. Kajian ini meneliti kesan polisi PPSMI terhadap tiga aspek, iaitu kesediaan, minat dan keyakinan dalam kalangan pelajar UTM. Seramai 309 orang pelajar tahun tiga daripada Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di UTM telah dijadikan sampel dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur tahap kesediaan, minat dan keyakinan pelajar adalah set soal selidik yang mengandungi 34 item berskala Likert yang mempunyai lima pilihan respon beserta dua soalan terbuka. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.895. Analisis statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Secara keseluruhannya, tahap kesediaan, minat dan keyakinan pelajar adalah pada tahap sederhana dan kurang memuaskan. Walau bagaimanapun, majoriti pelajar bersetuju dengan pelaksanaan polisi terbabit dan menyatakan bahawa PPSMI penting bagi peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris untuk kejayaan dalam kerjaya dan masa depan mereka.
Kata kunci: Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI); kesediaan; minat; keyakinan; pusat pengajian tinggi
The controversial policy of teaching Science and Mathematics in English (ETeMS) was implemented in the Malaysian school system since 2003. This policy had passed through a complete cycle where form one secondary students and Malaysian Matriculation College who were affected by this policy have entered higher institution of education specifically in Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. This paper will give an insight of the impact of the policy on the students affected based on sample of students taken at random in several faculties in UTM. This study focused on the impact of ETeMS on three aspects: student’s readiness, enthusiasm and confidence. A total of 309 third year students from Faculty of Education, Faculty of Science and Faculty of Mechanical Engineering were taken as samples. An instrument to measure the level of student’s readiness, enthusiasm and confidence was a questionnaire containing 34 items with five choices of response using Likert scale along with two open–ended questions. Reliability value of the instrument was α = 0.895. Descriptive and inferential statistics were used in the data analysis. As a whole, the result showed that the level of student’s readiness, enthusiasm and confidence were average and less satisfactory in scores. However, the majority of the students agreed with the implementation of the policy and stated that ETeMS is instrumental in improving their command of English and is neccessary for their future undertakings.
Key words: Teaching science and mathematics in English (ETeMS); readiness; enthusiasm; confidence; higher institution of education