PERWATAKAN DALAM NOVEL KOMSAS “DI SEBALIK DINARA”: ANALISIS TEORI RELEVAN
Abstract: Elements of Malay Literature in the Malay Language (ML) was introduced in the learning of Malay Language in secondary schools. There are five main genres in the (ML) study which are traditional poetry, modern poetry, traditional prose, modern prose and novel. Novel is one of the (ML) genres featuring a variety of characters, questionnaire, community culture, values and teaching. Throughout reading the novel, the reader can understand various situations that can give the reader a variety of insights that can enhance the reader's awareness. This study will analyze the characteristics in Di Sebalik Dinara‘s by Dayang Nor. This study is a qualitative study which is a text analysis. In analyzing this novel the researcher will apply the Relevance Theory (TR) approach to cognitive effects and information processing efforts to help the reader understand the character’s characteristics in the novel. The character traits in the novel are analyzed in TR and Bridging Cross Reference (BCR) an elaborate and implicit manner to help the reader understand the characteristic of the character in Di Sebalik Dinara. The results of the TR and RRS analysis can be concluded that the characters in this novel are illustrated one who are self-reliant, responsible, do not act hastily and always cautious in decision-making. Keywords: Relevan Theory, character, novel, literature Abstrak: Elemen Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) telah diperkenalkan dalam pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat sekolah menengah. Terdapat lima genre utama yang terdapat dalam kajian KOMSAS iaitu puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, prosa moden dan novel. Novel merupakan salah satu genre KOMSAS yang memaparkan pelbagai watak, persoalan, citra masyarakat, nilai dan pengajaran. Melalui pembacaan novel, pembaca dapat menyelami pelbagai situasi yang boleh memberi pelbagai tanggapan kepada pembaca serta dapat meningkatkan kesedaran kepada pembaca. Kajian ini menganalisis perwatakan dalam novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Bagi menganalisis novel ini pengkaji, akan mengaplikasikan pendekatan Teori Relevan (TR) yang mementingkan konteks, kesan kognitif dan usaha memproses maklumat bagi membantu pembaca memahami citra atau perwatakan watak dalam novel tersebut. Perwatakan watak yang digarapkan dalam novel tersebut akan dianalisis secara eksplikatur dan implikatur dengan menggunakan analisis TR dan Rangka Rujuk Silang (RRS) bagi memudahkan pembaca/ pelajar memahami keperibadian watak dalam novel Di Sebalik Dinara. Hasil analisis TR dan RRS dapat disimpulkan perwatakan watak dalam novel ini digambarkan sebagai seorang yang berdikari, bertanggungjawab, tidak bertindak terburu-buru dan sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan. Kata kunci: Teori Relevan, perwatakan, novel, kesusasteraan