[The Wife's Obligation to Fulfill Inner Maintenance to Husband Who is Infected With Hiv / Aids: According to Islamic Family Law and Case Study] Kewajipan Isteri Menunaikan Nafkah Batin Kepada Suami yang Dijangkiti Hiv/ Aids: Menurut Undang-Undang Keluarg
This paper aims to explain the dilemma that occurs in marital relationships. The issue of performing the external or internal maintenance obligation on the husband who has HIV / AIDS causes the wife to suffer. Thus, a qualitative study has been done to identify the dilemma that occurs in the relationship between husband and wife. Archival research methods such as the provisions of Islamic Family Law (UUKI), fiqh munakahat and case studies have been used. Interview methods were also performed to answer the objectives of the study. A total of 8 respondents, namely the wives of AIDS sufferers, were interviewed to obtain study data and the data was finally analyzed manually (QDA). The results show that there is discrimination against people living with HIV / AIDS (OHDHA) (wife) in the form of external and internal maintenance (husband and wife relationship). Even sadder, all respondents have been infected with HIV / AIDS as a result of intimate relationships with their husbands. The study finally concludes that OHDHA (wife) needs guidance and understanding of how to deal with the dilemma of performing duties as a wife and avoiding darar treatment from her partner (husband). Keywords: UUKI, Obligation, Wife, nafkah, HIV/AIDS. Makalah ini bertujuan menjelaskan dilema yang berlaku dalam hubungan suami isteri. Isu berkenaan melaksanakan kewajipan nafkah zahir atau batin terhadap suami yang menghidap HIV/AIDS menyebabkan isteri menderita. Justeru, satu kajian kualitatif telah dilakukan untuk mengenal pasti dilemma tersebut yang berlaku dalam hubungan suami isteri. Kaedah kajian arkib seperti peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam (UUKI), fiqh munakahat dan kajian kes telah digunakan. Kaedah temubual juga telah dilakukan untuk menjawab objektif kajian. Responden seramai 8 orang iaitu isteri kepada penghidap AIDS telah ditemubual bagi mendapat data kajian dan data akhirnya dianalisis secara manual (QDA). Hasil kajian menunjukkan bahawa berlaku diskriminasi terhadap Orang Hidup Dengan HIV/AIDS (OHDHA) (isteri) iaitu dalam bentuk nafkah zahir dan batin (hubungan suami isteri). Lebih menyedihkan lagi semua responden telah dijangkiti HIV/AIDS hasil hubungan intim bersama suami. Kajian akhirnya menyimpulkan bahawa OHDHA (isteri) perlu kepada bimbingan dan pemahaman bagaimana menangani dilemma melaksanakan kewajipan sebagai isteri dan mengelakkan daripada perlakuan darar daripada pasangannya (suami). Kata kunci: UUKI, kewajipan, isteri, nafkah, HIV/AIDS