Social audit exercise involves a process of measuring, reporting, understanding and rectifying the social fabric of society. The aim of this study was to measure the extent of Tuan Guru Haji Mohd Yassin leadership transformation. Tuan Guru Haji Mohd Yassin bin Muhammad is a figure of great influence and leadership through education of the public in Johor. He founded the As-Sa'adiah Madrasah (Arabic stream school) and Mohd Yassin Secondary School in the 1960s. Tuan Guru Haji Mohd Yassin’s philosophy stressed that the distinguished leadership can be polished by achieving the rank of faith and piety to Allah, in other words, muraqabah (the approach to God. The leadership of Tuan Guru is evident through his efforts to convey the teachings of Islam to the nation and aims to change the mind-set of the Malays to be literate in religion and science education in combating underdevelopment. Based on open and rational thinking, he balanced the interests of secular and religious knowledge through a sympathizing approach in social life through the delivery of religious knowledge based on Al-Quran and Al-Hadith and the ideology of Ahl-as-Sunnah wal Jamaah. The Transformational Leadership was adopted to measure the transformation process by submitting four leadership dimensions referred to as The Four I's. The four dimensions are idealized influence, inspirational motivation, intellectual stimulation and individualized consideration. All of the above dimensions were possessed by Tuan Guru Haji Mohd Yassin. The research qualitative and quantitative data was obtained. Information from the six elements of the society development namely religion, economic, social, environment, education and politics has been analysed based on The Four I's dimensions of transformational leadership since the leadership of Tuan Guru Haji Mohd Yassin to the leadership of his successors.
Keywords: Transformational leadership, Islamic Education, Social
ABSTRAK: Menjalankan audit sosial akan melibatkan proses mengukur, melapor, memahami dan membaiki kemampuan sosial sesebuah masyarakat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur keperluan pembangunan sosial masyarakat dalam Parlimen Pagoh selain untuk mengukur sejauhmana transformasi kepemimpinan Islam telah berlaku semasa era Tuan Guru Haji Mohd Yassin bin Muhammad. TGHMY merupakan seorang tokoh ulamak berpengaruh dan banyak berjasa dalam pembangunan Agama Islam dan pendidikan kepada masyarakat dalam Parlimen Pagoh dan sekitar dalam Negeri Johor Darul Takzim. Beliau telah mengasaskan Madrasah As-Sa’adiah (aliran Arab) dan Sekolah Menengah Mohd Yassin dalam tahun 1950an. Falsafah Tuan Guru Haji Mohd Yassin menegaskan bahawa kepemimpinan yang masyhur boleh digilap melalui pencapaian darjat iman dan taqwa kepada Allah (swt), dalam erti kata lain muraqabah yakni pendekatan diri kepada Allah (swt). Kepemimpinan Tuan Guru terserlah melalui usaha beliau menyampaikan ajaran Islam kepada anak bangsa, bertujuan untuk mengubah pemikiran orang Melayu pada masa itu agar celik ilmu agama dan membenteras kemunduran pendidikan. Berteraskan pemikiran rasional dan terbuka membuatkan Tuan Guru mengimbangi kepentingan ilmu duniawi dan ukhrawi melalui pendekatan dalam menyantuni kehidupan bermasyarakat melalui penyampaian ilmu agama yang berpandukan Al-Quran dan Al-Hadith serta melalui fahaman Ahl-as Sunnah wal-Jamaah. Model Transformational Leadership telah digunakan untuk mengukur proses transformasi kepemimpinan dengan mengemukakan empat dimensi yang disebut sebagai “the Four I’s”. Empat dimensi tersebut ialah, Idealized influence, inspirational motivation, intellectual stimulation dan individualized consideration. Kesemua dimensi di atas dimiliki oleh Tuan Guru Haji Mohd Yassin. Data berbentuk kualitatif pula diperolehi melalui temubual berfokus, analisis dokumen serta pemerhatian terhadap pelbagai lapisan penduduk dalam Parlimen Pagoh. Maklumat daripada enam elemen keperluan pembangunan masyarakat iaitu, agama, ekonomi, sosial, persekitaran, kesihatan dan pendidikan serta politik telah dianalisa berdasarkan dimensi “the Four I’s” transformasi kepemimpinan sejak zaman kepemimpinan Tuan Guru Haji Mohd Yassin hingga zaman kepemimpinan sekarang.
Kata kunci: Kepemimpinan Transformasi, Pendidikan Islam, Kemasyarakatan.