Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB)
Latest Publications


TOTAL DOCUMENTS

25
(FIVE YEARS 20)

H-INDEX

0
(FIVE YEARS 0)

Published By Universiti Malaysia Sabah (UMS)

2289-859x

2021 ◽  
pp. 46-59
Author(s):  
Lee Kuok Tiung ◽  
Aisah Meri ◽  
Siti Suriani Othman ◽  
Liana Mat Nayan

Komitmen terhadap tanggungjawab kerja dipengaruhi oleh pelbagai aspek psikologi seseorang wartawan dalam dunia kewartawanan. Kajian ini bertujuan meneliti faktor-faktorinternal dan eksternalorganisasi yang mempengaruhi tugas seseorang wartawan sepanjang proses penerbitan berita. Sarjana seperti Scheufele (1999) pernah berhujah sekurang-kurangnya terdapat lima faktor yang berpotensi mempengaruhi bagaimana seseorang wartawan membingkai sesebuah isu yang diberikan iaitu nilai-nilai dan norma-norma sosial, halangan dan tekanan di tempat kerja, tekanan daripada kumpulan-kumpulan berkepentingan, rutin kerja kewartawanan dan orientasi ideologi dan politik diri wartawan. Hasil dapatan kajian menggunakan kaedah survei dengan 393 orang responden yang terdiri daripada wartawan-wartawan dan editor dari 18 buah organisasi akhbar arus perdana di Malaysia menunjukkan komitmen kerja wartawan lebih dipengaruhi oleh faktor-faktor kognisi diri individu berbanding faktor-faktor eksternal organisasi. Aspek internal yang paling berpengaruh adalah daripada kluster sentimen profesionalisme wartawan disusuli oleh sentimen kerja dan kepuasan kerja. Aspek-aspek sifat organisasi, latihan yang diperolehi dan demografi wartawan turut dikenalpasti memainkan peranan penting menentukan komitmen wartawan terhadap kerja mereka. Kaedah penilaian kerja yang digunakan oleh organisasi berita telah ditunjukkan paling berpengaruh mempengaruhi komitmen organisasi. Di bawah kluster aspek kognisi individu wartawan, ideologi individu mempunyai hubungan signifikan dengan komitmen organisasi tetapi aspek ini merupakan aspek yang paling lemah berbanding aspek-aspek lain seperti menghormati ketua dan toleransi. Daripada segi faktor eksternal, perundangan komunikasi massa yang berperanan mengawal selia produk kewartawanan mempengaruhi kerja seseorang wartawan.   Commitment to work responsibilities is influenced by various psychological aspects of a journalists in the journalistic world. The purpose of this study is to examine the internal and external factors of the organization that influence journalist’s works throughout the process of news production. Scholars such as Scheufele (1999) have argued that there are at least five factors that may influence how a journalist framed a given issue, namely social values and norms, barriers and pressures at work, pressures of interest groups, routines journalistic work and the ideological and political orientation of journalists themselves. The findings of the study using a survey method with 393 respondents consisting of journalists and editors from 18 leading mainstream newspaper organizations in Malaysia showed that journalists' work commitments are more influenced by individual cognition factors than by the external factor. The most influential internal factors are from the cluster of journalistic professionalism followed by work sentiment and job satisfaction. Aspects likes journalist’s demographics, training, and the nature of the organization, also play an important role in determining journalist's commitment to their work. The work evaluation methods used by news organizations have been shown to have the greatest impact on organizational commitment. Under the cluster of individual cognitions of journalists, individual ideologies were shown to have a significant relationship with organizational commitment, but this aspect is also the weakest aspect compared to the other aspects such as respect to the leader and tolerance. In terms of external factors, mass communications legislation that regulates journalistic products affects the work of a journalist.


2021 ◽  
pp. 39-45
Author(s):  
Nurshakinah Ibrahim ◽  
Dzurizah Ibrahim

McDonaldisasi ialah satu prinsip yang diadaptasi dari restoran makanan segera yang bertunjangkan kepada empat dimensi iaitu kecekapan, kebolehkiraan, kebolehramalan dan kawalan. Secara asasnya prinsip ini dilihat sangat cekap dan merupakan satu amalan rasional yang boleh dipraktikkan. Pengasas Teori McDonaldisasi iaitu George Ritzer, melihat prinsip tersebut juga wujud dalam pelbagai sektor, termasuklah dalam sektor perhotelan. Terdapat banyak ciri dalam sektor perhotelan yang membawa kepada aspek McDonaldisasi. Ini termasuklah penggunaan khidmat sumber luar atau outsourcing dalam operasi hotel. Kebanyakan hotel menggunakan khidmat sumber luar bagi tugas-tugas pembersihan bilik (housekeeping) dan penyediaan makanan dan minuman. Bagi dimensi kecekapan dan kebolehkiraan dalam Teori McDonaldisasi, khidmat sumber luar ini mampu menjadikan tugas pembersihan bilik dilakukan dengan lebih cekap, berkualiti dan menjimatkan kos. Malah penggunaan khidmat secara penyumber luaran tersebut dapat menghindar daripada isu McJobs serta isu kadar pusing ganti kerja yang tinggi dalam sektor perhotelan. Walau bagaimanapun, penggunaan khidmat sumber luar ini menyebabkan kurangnya kuasa kawalan terhadap operasi dan pekerja oleh pihak pengurusan hotel. Maka hal ini dilihat seakan bertentangan dengan dimensi kawalan dalam Teori McDonaldisasi yang memiliki aspek kawalan yang rigid terhadap operasi dan pekerja. Malah perkara tersebut menimbulkan persoalan tentang kerelevanan Teori McDonaldisasi dalam konteks sektor perhotelan. Justeru, makalah ini akan membahaskan pengamalan khidmat sumber luar terhadap Teori McDonaldisasi dalam konteks sektor perhotelan. Di samping itu, makalah ini juga akan membahaskan konsep velvet cage, rubber cage atau iron cage. Perbahasan ini diharapkan mampu menghuraikan Teori McDonaldisasi dalam konteks perhotelan dengan lebih jelas berdasarkan aspek penyumber luaran (outsourcing).   McDonaldization is a principle adopted from fast-food restaurants that based on four dimensions namely efficiency, calculability, predictability, and control. This principle is seen as very efficient and is a rational practice that can be practiced. The founder of McDonaldization Theory, George Ritzer, sees the principle as existing in various sectors, including the hospitality sector. Many features in the hospitality sector lead to the McDonaldization aspect. This includes the use of outsourced services or outsourcing in hotel operations. Most hotels outsource housekeeping and food and beverage preparation tasks. For the dimensions of efficiency and calculability in McDonaldization Theory, this outsourcing service can make the task of cleaning the room done more efficiently, quality and cost-effective. The use of outsourced services can avoid the McJobs issue as well as the issue of high turnover rates in the hospitality sector. However, the use of these outsourcing services results in a lack of control over operations and employees by the hotel management. So this is seen as contrary  to the dimension of control in McDonaldization Theory which has a rigid aspect of control over operations and employees. This raises questions about the relevance of McDonaldization Theory in the context of the hospitality sector. Thus, this paper will discuss the practice of outsourcing services to McDonaldization Theory in the context of the hospitality sector. In addition, this paper will also discuss the concept of velvet cage, rubber cage or iron cage. This debate is expected to be able to describe the McDonaldization Theory in the context of the hospitality industry more clearly based on the aspect of outsourcing.


2021 ◽  
pp. 81-93
Author(s):  
Cynthia Pui-Shan Lau ◽  
Hamedi Mohd Adnan ◽  
Amira Firdaus

Literature review from as early as 2004 till 2020 was analyzed from various databases such as Web of Science (WoS), SAGE Publications, Wiley-Blackwell, Elsevier, and ACM. These literature reviews were within the area of new media and new moms and their transition towards parenthood. Seeing that new moms are navigating ubiquitous territory of parenting coupled with isolation and insufficient face-to-face contact, more urban new moms are utilizing technology to obtain information and support. The researcher created three blocks of searches with keywords ranging from parenting, new media and social media groups to obtain these literatures. Pertinent literature was highlighted in this research. Results from combing the literature indicates that new moms are utilizing various types of technology to obtain information and support ranging from general internet search engines, bulletin boards, blogs and Facebook as these platforms provides the interactivity and ease of use for exchange of information as well as the sense of belonging to a community with shared interest.


2021 ◽  
pp. 1-15
Author(s):  
Intan Soliha Ibrahim

Objektif kajian ini adalah untuk meneliti perkembangan transformasi industri radio di Radio Televisyen Malaysia. Kajian yang menggunakan kaedah kualitatif menerusi analisis terhadap dokumen kajian; (1) Pembangunan dan Perkembangan Penyiaran Radio Digital di Malaysia: Satu Kajian Kes di Radio Televisyen Malaysia; dan (2) Analisis Implikasi Perkembangan Industri Radio dari Era Penyiaran Konvensional ke Era Penyiaran Digital: 1996-2016.Transformasi penyiaran radio konvensional global tidak terhasil secara sendiri. Ia terhasil daripada fenomena digitalisasi dan dibentuk oleh senario industri media. Senario industri media mempunyai hubungan yang signifikan dengan ekonomi dan politik sesebuah negara. Setiap perubahan yang berlaku terhadap penyiaran radio dibuat adalah berasaskan kepada dasar dan perancangan sesebuah negara. Perancangan pendigitalan industri radio di Malaysia telah dimulakan seawal tahun 1997 oleh Radio Televisyen Malaysia. Langkah tersebut diambil selaras dengan Dasar Telekomunikasi Negara dan Dasar Pembangunan Nasional. Bagaimanapun, terdapat jurang pendigitalan yang ketara antara badan penyiaran nasional dan swasta. Hasil analisis mendapati bahawa badan penyiaran nasional itu mempunyai visi dan misi yang jelas mengenai pendigitalan radio, namun pelaksanaan kepada perancangan tersebut berhadapan dengan pelbagai kekangan dan cabaran. Ia menjadikan usaha pendigitalan radio free-to-air di Malaysia sebagai sesuatu yang tidak pasti.   The objective of this study is to examine the development of radio industry transformation in Radio Televisyen Malaysia. This study uses qualitative methods by analysing research documents; (1) Development of Digital Radio Broadcasting in Malaysia: A Case Study in Radio Television Malaysia; and (2) Implications analysis of Radio Industry Development from the Conventional Era to Digital Era: 1996-2016. The transformation in global conventional radio broadcasting did not happen on its own. It resulted from the digitalisation phenomenon and shaped by the scenario in the media industry. The scenario in the media industry has a significant relationship with the economy and politics of a country. Every change that occurs in radio broadcasting is made based on the policies and plans of a country. In Malaysia, Radio Televisyen Malaysia has started their plan for digitalisation in radio as early as 1997. The action is taken in line with the National Telecommunications Policy and the National Development Policy. However, there is a significant digitalisation gap between national and private broadcasting bodies. The result shows that the national broadcasting body has a clear vision and mission on radio digitalisation; however, its implementation faces various constraints and challenges. It makes the digitalisation of free-to-air radio in Malaysia uncertain.


2021 ◽  
pp. 16-27
Author(s):  
Aisah Meri ◽  
Lee Kuok Tiung

Penggunaan portal berita dalam kalangan remaja di Sabah merupakan sesuatu yang menarik untuk dikaji khususnya melihat pola penggunaan portal berita yang semakin berkembang. Kajian ini mempersembahkan pola kegunaan dan kepuasan portal berita dengan menggunakan survei ke atas 367 remaja yang terdiri dari etnik Kadazandusun, Bajau, Murut, Melayu dan Cina berpandukan teori kegunaan dan kepuasan (U&G). Hasil dapatan kajian mendapati keperluan utama yang mendorong remaja Sabah mengakses portal berita ialah keperluan kognitif, penyepaduan sosial dan penyepaduan diri. Data juga menunjukkan remaja kerap menggunakan portal berita untuk pembelajaran, pencarian maklumat dan hiburan. Sementara itu, kepuasan yang paling tinggi diperolehi remaja ialah sifat mudah portal berita itu sendiri, kepuasan pengawasan dan kepuasan interaktiviti. Dalam fenomena kaya media hari ini portal berita sentiasa memainkan peranan penting dan diterima dengan baik dalam kalangan remaja di Sabah khususnya.   News portal usage among teenagers in Sabah is an intriguing subject to study as the news portal industry in Sabah itself has tremendously bloomed. This study presents finding from a survey conducted of 367 teenagers (Kadazandusun, Bajau, Murut, Melayu and Chinese) concerning their pattern of news portal usage based on uses and gratifications (U&G) theory. Findings found that cognitive, social and personal integrative needs are most important in news portal usage among Sabahan youngsters. In addition, these data found that news portal are used primarily as learning, information searching and entertainment. Meanwhile, the highest gratifications derived are convenience, surveillance and interactivity. This study conclude that in a media rich environment, the news portal has consistently played an important role and is well accepted among teenagers in Sabah.


2021 ◽  
pp. 60-80
Author(s):  
Nur Ain Alifuddin ◽  
Dzurizah Ibrahim

When the pandemic outbreak happened back in the year 2020, the Government and the policymakers took preventive steps and directive measures to sustain social movement and infection among the citizens. Common action that has been taken globally was the implementation of lockdown. Consequently, non-essential businesses or organizations had to resolve to transition from central office to work-from-home for as long as the lockdown period ended. This has brought a greater change in the world of work and boosted the experimentation of work-from-home arrangements worldwide. Despite it being a practice that some may have experienced before, it is still relatively uncommon and unusual to be done on such a large scale for some countries. Therefore, many are interested to see the outcome of work-from-home, the impact it had on employers, employees, and companies. However, the ample amount of works of literature made it hard to distinguish the direction and trend of this research. This paper aims to identify and highlight the major findings on the impacts of work-from-home by reviewing 55 published papers in the year between 2020 to 2021 and analyze them through a thematic analysis. The results show 60 percent of these studies are covered by the field of social sciences which both involve developed and developing countries. Nevertheless, the impact of work-from-home was found common as the problem used to arise even before the pandemic happened. This gives an opportunity in future studies to finally resolve some of these problems if work-from-home soon becomes the 'new norm' in the world of work.


2021 ◽  
pp. 104-113
Author(s):  
Syahruddin Hj. Ag. Ahmad ◽  
Sitinurbayu Mohd. Yusof ◽  
Aisah Meri ◽  
Cyril Modili

Pengajaran, pembelajaran dan penyeliaan (PPdP) berdepan cabaran getir apabila pelajar Universiti khususnya di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terpaksa berada di rumah atau lokaliti masing-masing bagi menjayakan sesi kuliah, tutorial dan penyeliaan berbanding sebelum era pandemik covid-19. Kajian kuantitatif yang melibatkan 285 orang pelajar yang terdiri daripada 53 orang siswa dan 232 orang siswi di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) dijalankan menerusi edaran borang soal selidik secara pautan borang Google berpandukan pengkalan data seramai 3600 orang residen dalam kalangan pelajar pra siswazah di Kolej Kediaman Tun Pengiran untuk memastikan seseorang mahasiswa itu dapat menamatkan pengajiannya secara sempurna. Data kajian ini mendorong penyelidik untuk mengemukakan syor definisi baharu bagi istilah "digital poverty" yang tidak terhad kepada pemilikan gajet semata-mata tetapi juga masa, ruang dan sokongan moral ke atas pelajar untuk terlibat secara optimum dalam perancangan pengajian yang disediakan oleh Universiti menerusi pensyarah masing-masing. Ruang belajar yang sesuai sebagai tempat pelajar terlibat aktif dan konsisten dalam PPdP ini juga menuntut kerjasama ahli keluarga sebagai sebahagian daripada persekitaran yang kondusif bagi menyokong keperluan menjayakan PPdP yang berkenaan. Kajian ini juga membawa satu anjakan paradigma baharu daripada pemahaman bahawa "digital poverty" hanya terpakai kepada takrif ketiadaan gajet dan kualiti akses internet dalam kalangan pengguna kepada satu definisi baharu iaitu kekurangan daripada segi material, ketercapaian isyarat rangkaian internet dan ketersediaan tempat yang sesuai untuk sesi PPdP. Pendefinisian semula "digital poverty" dalam konteks Malaysia amnya dan Sabah khasnya ini membawa bersama perspektif baharu tentang peranan manusia dan teknologi digital sebagai saling berkaitan antara satu sama lain.   Teaching, learning and supervision (TLS) faces daunting challenges when University students, especially at Universiti Malaysia Sabah (UMS) have to be at home or in their respective localities to succeed in lectures, tutorials and supervision sessions compared to before the covid-19 pandemic era. A quantitative study involving 285 students consisting of 53 students and 232 female students at the Tun Pengiran Ahmad Raffae Residential College (TPARRC) was conducted through the distribution of questionnaires by Google form link based on a database of 3600 residents among undergraduate students in Tun Pengiran Ahmad Raffae Residential College to ensure that a student can complete his studies perfectly. The data of this study prompted researchers to recommend a new definition for the term "digital poverty" which is not limited to the ownership of gadgets alone but also time, space and moral support for  students to participate optimally in study planning provided by the University through their lecturers. -each. A suitable study space where students are actively and consistently involved in (TLS) also requires the cooperation of family members as part of a conducive environment to support the need for the success of (TLS). The study also brings a new paradigm shift from the understanding that "digital poverty" only applies to the definition of the absence of gadgets and quality of internet access among users to a new definition of lack of material, internet network signal accessibility and availability of suitable venues for (TLS) sessions. The redefinition of “digital poverty” in the context of Malaysia in general and Sabah in particular brings with it a new perspective on the role of human beings and digital technology as interconnected with each other.


2021 ◽  
pp. 94-103
Author(s):  
Noor Syakirah Zakaria ◽  
Mohd Firdaus Bin Mazulkepli

Sektor pembinaan merupakan sektor yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara seperti menyediakan peluang pekerjaan serta perniagaan dalam kalangan masyarakat setempat. Walau bagaimanapun sektor pembinaan juga tidak terkecuali mencatatkan kadar kemalangan yang tinggi di tempat kerja. Berdasarkan laporan dan kajian-kajian lepas, sektor pembinaan merupakan salah satu sektor yang paling tinggi mencatatkan kadar kemalangan di seluruh dunia. Kemalangan yang sering berlaku di sektor pembinaan melibatkan pelbagai jenis kecederaan sehinggakan menyebabkan kematian. Situasi ini memberikan implikasi negatif bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga pihak organisasi. Motivasi pekerja serta prestasi pekerja akan terjejas sekiranya kadar kemalangan yang tinggi dicatatkan di tempat kerja. Manakala, pihak organisasi pula berdepan dengan implikasi kewangan untuk membayar pampasan serta nama baik organisasi terjejas ekoran kemalangan. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk meninjau dan menganalisis kajian-kajian lepas berkenaan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kemalangan di tempat kerja di sektor pembinaan. Pemahaman terhadap faktor-faktor ini dapat membantu semua pihak berkepentingan termasuklah pekerja, majikan, pihak pengurusan, organisasi, kontraktor, subkontraktor serta pihak-pihak lain yang berkepentingan untuk memahami lagi mengenai faktorfaktor yang boleh mempengaruhi kemalangan di sektor pembinaan.Hasil penelitian terhadap kajian-kajian lepas menunjukkan terdapat empat faktor utama yang mempengaruhi kemalangan di tempat kerja iaitu faktor kepimpinan, faktor pengurusan dan organisasi, faktor pekerja dan faktor sumber. Berdasarkan dapatan tersebut, maka semua pihak perlu bergandingan untuk memastikan tempat kerja di sektor pembinaan akan lebih selamat dan kondusif untuk semua pihak.   The construction sector contributes to the economic development of any country through providing employment and business opportunities among the local community. However, the construction sector is no exception to record a high rate of accidents at work. Based on reports and previous studies, the construction sector is recorded as one of sectors with the highest accident rate in the world. Accidents that often occur in the construction sector involve various types of injuries and for certain cases resulting in death. This situation has negative implications not only for the employees but also for the organization. Employee motivation as well as employee performance will be affected if high accident rates are recorded in the workplace. Meanwhile, the organization is faced with financial implications to pay compensation and the reputation of the organization affected by the accident. Therefore, this article aims to review and analyze past studies particularly the factors influencing the rate ofaccidents at work in the construction sector. An understanding of these factors can help all stakeholders including employees, employers, management, organizations, contractors, sub-contractors and others to further understand the factors that can affect accidents in the construction sector. The result reveals that there are four main factors that influence accidents in the workplace namely leadership factors, management and organizational factors, employee factors and resource factors. Based on the findings, all parties need to work together to ensure that the workplace in the construction sector will be safer and conducive for all parties.


2020 ◽  
pp. 118-132
Author(s):  
Norhuda Salleh ◽  
Noor Norazila Inai ◽  
Mohamad Maulana Magiman

Persembahan makanan dalam ritual Serarang dijalankan bertujuan menggembirakan Ipok. Setiap tahun ritual ini antara aktiviti yang dilakukan dalam Pesta Kaul oleh masyarakat Melanau Likow sebagai tanda kesyukuran dan perlakuan memohon perlindungan kepada semangat laut. Pelaksanaan ritual ini amat berkait rapat dengan pandang dunia masyarakat pengamal. Fokus utama dalam kajian ini untuk mengkaji makna simbol makanan yang dipersembahkan kepada Ipok. Data-data dalam kajian ini pula dianalisis menggunakan pendekatan teori semiotik yang mengkaji makna makanan dalam konteks komunikasi bukan lisan. Kajian ini menggunakan pendekatan etnografi dengan pengkaji turut serta dalam pelaksanaan ritual. Data diperoleh melalui temu bual mendalam bersama informan utama, Tama Kaul dan para pengamal ritual. Lokasi kajian terletak di Kampung Medong, Dalat Sarawak. Kajian ini mendapati bahawa makanan yang dipersembahkan kepada Ipok mengandungi makna yang tersendiri dan diterjemahkan menerusi bentuk, warna dan cara pengolahannya. Makanan dalam dulang Serarang membawa makna kasih sayang, kesyukuran serta doa dan harapan agar dikurniakan rezeki yang lebih banyak pada tahun mendatang. Ritual ini menjadi tradisi dan identiti masyarakat Melanau Likow hingga kini.


2020 ◽  
pp. 95-105
Author(s):  
Siti Suriani Othman ◽  
Lee Kuok Tiung

Kajian-kajian berkenaan penghasilan berita menawarkan pelbagai penjelasan tentang mengapa berita boleh bertukar menjadi apa yang dipaparkan (Berkowitz, 1988). Namun begitu, kajian berkenaan persamaan di kalangan wartawan dalam membuat pemilihan berita pula menunjukkan hasil yang tidak konsisten (Kim & Bae, 2006). Kajian teoritikal ini secara amnya membincangkan bagaimana sesuatu peristiwa boleh menjadi berita dengan merujuk kepada beberapa pandangan dan paradigma kewartawanan dengan menggunakan kaedah penaakulan induktif. Apa yang dilakukan sebagai usaha awal ini ialah menelusuri kekuatan dan kelemahan setiap paradigma ilmu kewartawanan di samping pandangan-pandangan yang berbeza akan model kewartawanan yang ideal. Ini penting untuk mengenalpasti kekurangan sedia ada dalam usaha membentuk model pemberitaan yang bersesuaian dengan masyarakat Malaysia. Rumusan kepada hasil analisis ini mendapati nilai-nilai murni yang cuba diketengahkan oleh mana-mana ajaran agama sebenarnya adalah sama iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan nilai-nilai ini sudah sedia ada dalam nilai-nilai berita yang menjadi asas kriteria kepada pemilihan sesuatu peristiwa. Justeru itu, taksonomi nilai-nilai berita yang mula dieksplorasi oleh Galtung dan Ruge (1965) wajar dijadikan sebagai asas permulaan kepada pencarian model kewartawanan yang baharu.


Sign in / Sign up

Export Citation Format

Share Document