A Fuzzy Application On A Development Planning Model For A Container Terminal
Metodologi konvensional perancangan pembangunan terminal kontena kekurangan mod penghujahan manusia yang menggunakan anggaran, ketidakpastian, linguistik dan nilai–nilai subjektif. Kaedah fuzi boleh diaplikasikan ke atas kaedah sekarang untuk memperbaiki kelemahan tersebut. Kajian ini mengaplikasikan kaedah fuzi ke atas model perancangan pembangunan terminal kontena sekarang yang telah diperbaiki dengan memasukkan pemilihan sistem pengendalian kontena (chs) dan penentuan keluasan terminal yang lain (toa) ke keluasan tempat letak kontena (cpa), keluasan stesyen kontena (cfs), keperluan hari–himpitan (bdr) dan kos kapal di terminal (sct). Fungsi keanggotaan – fungsi keanggotaan telah diterbitkan untuk semua pemboleh ubah perancangan dan carta alir proses perancangan yang menunjukkan operasi fuzi dan tahap nyahfuzian telah dilakarkan. Simulasi latihan perancangan telah dilakukan ke atas chs dan cpa dan keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa pengaplikasian ini telah berjaya. Potensi menggandingkan kaedah ini dengan sistem pakar telah juga ditonjolkan. Kata kunci: perancangan fuzi, perancangan terminal kontena, membuat keputusan berbilang kriteria Conventional container terminal development planning methodology lacks the human modes of reasoning that uses approximate, imprecise, linguistic, and subjective values. Fuzzy methods could be applied to the current method to improve such shortcoming. This study applies fuzzy methods to a container terminal development planning model which has been improved by incorporating container handling system selection (chs) and determination of terminal other area (toa) to the current container park area (cpa), freight station area (cfs), berth–day requirement (bdr), and ship cost at terminal (sct). Membership functions have been derived for all the planning variables and planning process flowcharts showing fuzzy operations and defuzzification stages have been drawn. A simulated planning exercise has been performed on chs and cpa and the results obtained indicate that the application has been successful. The potential of coupling the method with an expert system has also been highlighted. Key words: fuzzy planning, container terminal planning, multi-criteria decision making