Islamic Family Law Act or Enactment of the States in Malaysia has recognised that such property may be demanded or claimed by the husband and wife during the normal marriage period or when the husband wishes to polygamy. Such property can also be claimed after the death of one of the spouses or the dissolution of marriage through divorce or one of the apostasy couples and the religion of other religions. The Strategic Plan to portray Malaysia's face in the Common Prosperity Vision was born after the end of the National Vision Policy 2020 and the Vision of TN50 championing the same laws to protect women's rights, so that these groups could plan their future finances even as a wife or wives of polygamous husbands (honey), wife who’s husband death (widow), widow, and single mother. Symbolic contribution to jointly acquired property claims is a form of property distribution given specifically for women and this practice is provided under Islamic family law in Malaysia. Symbolic contribution of this property can only be applied in the Syariah High Court during the period of marriage and upon divorce, polygamy or death. The first objective of this study is to identify the provisions of laws relating to jointly acquired property. The second objective is to analyze cases decided by the courts in relation to claims of jointly acquired property. The third objective is to propose a simple, fast and friendly standard operating procedure for jointly acquired property applications. The study used qualitative methodology. Content analysis methods are also applied where most of the library-sourced materials consist of primary and secondary data. The main data is collected from the book fiqh to explain how the fiqh method is applied. The provisions of the law in the Kedah State Islamic Family Law Enactment 2008 and other relevant statutes as well as related legal cases are also referred to. In addition, the method of observation and reference of the original case in court is also implemented. Secondary data is based on published materials, such as textbooks, journal articles, online databases and the Internet. For analysis, this study uses a combined method of data analysis, i.e. descriptive, critical and comparative approach. The judges' statements in each case are thoroughly examined and followed by rational justification. The results show that the harmonisation of fiqh law and legal adaptation on jointly acquired property is the best law to apply especially by islamic family law institutions. The goal of giving symbolic contributions to jointly acquired assets is to maintain the best interests for married couples according to the context of the ‘uruf in Malaysia. Therefore, the laws and guidelines in force are parallel and do not contradict the ruling of fiqh in Islam. It also guarantees that the couple will benefit from the distribution of property in marriage and after a divorce, polygamy or death. What the government has implemented is a necessity to protect the welfare of couples by introducing certain procedures to ensure justice for the husband and wife in the future in safeguarding the welfare and justice of the wife.
Abstrak
Akta atau Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri di Malaysia telah mengiktiraf bahawa harta sepencarian boleh diminta atau dituntut haknya oleh suami dan isteri dalam tempoh perkahwinan biasa atau ketika suami ingin berpoligami. Harta sepencarian juga boleh dituntut selepas berlakunya kematian salah satu pasangan atau pembubaran perkahwinan melalui perceraian atau salah satu pasangan murtad dan menganut agama lain. Pelan Strategik bagi mempotretkan wajah Malaysia dalam Wawasan Kemakmuran Bersama dilahirkan selepas berakhirnya Dasar Wawasan Negara 2020 dan Visi TN50 memperjuangkan undang-undang yang sama demi melindungi hak wanita, agar golongan ini boleh merancang kewangan masa depan mereka walaupun sebagai seorang isteri atau madu, balu, janda, dan ibu tunggal. Sumbangan simbolik dalam tuntutan harta sepencarian merupakan satu bentuk pembahagian harta yang diberikan khusus untuk wanita dan amalan ini diiktraf oleh undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Sumbangan simbolik harta sepencarian ini hanya boleh dipohon di Mahkamah Tinggi Syariah ketika dalam tempoh perkahwinan dan apabila berlakunya perceraian, poligami atau kematian. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenal pasti peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan harta sepencarian. Objektif kedua adalah untuk menganalisis kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah berkaitan tuntutan harta sepencarian. Objektif ketiga pula adalah untuk mencadangkan satu prosedur operasi standard yang mudah, cepat dan mesra bagi permohonan harta sepencarian. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif. Kaedah analisis kandungan turut digunakan di mana sebahagian besar bahan-bahan bersumberkan perpustakaan yang terdiri daripada data primer dan sekunder. Data utama dikumpulkan dari kitab fiqah untuk menjelaskan bagaimana kaedah fiqah diterapkan. Peruntukan undang-undang dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Kedah 2008 dan lain-lain statut berkaitan serta kes undang-undang yang berkaitan turut dirujuk. Selain itu, kaedah pemerhatian dan rujukan kes asal di mahkamah juga dilaksanakan. Data sekunder pula adalah berdasarkan bahan yang diterbitkan, seperti buku teks, artikel jurnal, pangkalan data dalam talian dan Internet. Untuk analisis, kajian ini menggunakan kaedah gabungan analisis data, iaitu pendekatan deskriptif, kritis dan perbandingan. Pernyataan hakim dalam setiap kes diperiksa dengan teliti dan diikuti dengan justifikasi yang rasional. Hasil kajian menunjukkan bahawa harmonisasi hukum fiqah dan adaptasi undang-undang pada harta sepencarian adalah undang-undang terbaik untuk diguna pakai terutama oleh institusi undang-undang keluarga Islam. Matlamat pemberian sumbangan simbolik harta sepencarian adalah untuk mengekalkan kepentingan terbaik bagi pasangan suami isteri mengikut konteks uruf di Malaysia. Oleh itu, undang-undang dan garis panduan yang berkuat kuasa adalah selari dan tidak bertentangan dengan hukum fiqah dalam Islam. Ia juga menjamin bahawa pasangan itu akan mendapat manfaat pembahagian harta dalam perkahwinan dan selepas berlakunya perceraian, poligami atau kematian. Apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan adalah satu keperluan untuk melindungi kebajikan pasangan dengan memperkenalkan prosedur tertentu bagi memastikan keadilan bagi suami dan isteri pada masa hadapan dalam menjaga kemaslahatan dan keadilan pihak isteri.