AbstrakKajian ini melibatkan Polietelena Berketumpatan Rendah (LDPE) diadun dengan bahan tambah iaituhabuk kayu Cengal (HK). Habuk kayu dapat dimajukan, ini kerana sisa kayu dapat mengurangkankos penggunaan bahan asli dalam pengeluaran. Lantaran itu, kajian dilakukan berhubung dengankekekerasan sesuatu bahan campuran yang dihasilkan. Oleh itu, satu kajian dilakukan bagi menentukankesan penambahan habuk kayu terhadap kekerasan bahan LDPE yang akan dihasilkan. Kajian dilakukandengan melihat kesan ke atas penambahan habuk kayu dengan sifat LDPE tulen. Pemerhatian dilakukanterhadap sifat mekanikal LDPE yang dikurangkan kuantiti jisimnya dengan nisbah penambahan habukkayu sebanyak 3, 6, 9, 12 dan 15 peratus. Habuk kayu diayak menerusi pengayak yang bersaiz 200?m dan ditimbang mengikut campuran penambahan. Sampel dihasilkan menggunakan mesin suntikanpanas bagi tujuan ujian kekerasan. Keputusan ujian dianalisa bertujuan untuk membuat perbandingandengan 100% LDPE dengan peratusan HK yang ditetapkan. Ujian kekerasan secara keseluruhannyameningkat. Peningkatan paling tinggi adalah pada sampel 12% HK iaitu sebanyak 8.2%. Dalam kajianini kekerasan bahan meningkat dengan penambahan HK. Kajian lanjut tentang kekuatan bahan bolehditeruskan melalui penambahan saiz partikel pengisi yang lebih halus.
AbstractThe study involved Low Density Polyethylene (LDPE) blended with additive that is sawdust Cengal (HK).Sawdust can be developed, because wood waste can reduce the use of natural materials in production.Thus, a study was undertaken in relation to the hardness of the produced mixture. Therefore, a study wasconducted to determine the effect of wood dust on he hardness of the produced mixture LDPE material tobe produced. The study was undertaken by looking at the effect of adding the quantity of sawdust to thenature of pure LDPE. Observations were made on the mechanical properties of LDPE when the quantityof mass is reduced by increasing the sawdust ratio from 3 to 6, 9, 12 and 15 percent. Sawdust was siftedthrough a sieve with the size of 200 ?m and weighed by the addition of a mixture. Samples for hardnesstest were produced by using injection hot machine. The test results are analyzed in order to make acomparison with 100 % LDPE with HK prescribed percentage. (It is found that overall, the hardness of theproduced mixture has increase. The highest increase (8.2 %) was shown by the 12%HK sample). In thisstudy, the hardness increased with the addition of HK. Further study of the strength of the material can bepursued through the addition of finer particle size filler.