Hubungkait Patuh-Syariah dengan Konsep Keberkatan: Tinjauan dalam Konteks Standard Halal Ms 1900
The basis for halal standard is the concept of shariah-compliance. The standard is an important reference document for any institution that wants to obtain halal certification. It provides requirements, specifications, guidelines and features that can be consistently used to ensure the quality of materials, products, processes or services are reasonably fit for their purpose and conform to shariah. In the Qur'an, Allah SWT had promised blessings from heaven to any community that is rule-compliant and law-abiding to His Will. By using the promises that Allah SWT had made in the Qur'an to those who obey His commandments, this conceptual study seeks to investigate the link between the concept of barakah – which is the derivative outcome of syariah compliance – with the benefits gained by organisations which adopt MS 1900 halal standard into their daily work routines. ABSTRAK Asas kepada standard halal ialah konsep patuh-syariah. Standard halal merupakan dokumen rujukan penting kepada mana-mana institusi yang ingin mendapatkan pensijilan halal. Standard ini menjelaskan keperluan, spesifikasi, garis-panduan serta ciri-ciri yang secara konsisten boleh diguna bagi memastikan kualiti sesuatu bahan, produk, proses atau perkhidmatan secara munasabah mampu memenuhi tujuan ia diwujudkan/dihasilkan dan mematuhi syariah. Di dalam Al-Quran, Allah SWT menjanjikan keberkatan daripada langit kepada mana-mana komuniti yang patuh kepada syariat-Nya. Dengan melihat janji-janji Allah SWT di dalam al-Quran kepada golongan yang patuh kepada perintah-Nya, kajian ini secara konseptual cuba menyelidik hubung kait konsep barakah – yang terhasil daripada kepatuhan kepada perintah Allah SWT – dengan manfaat-manfaat yang bakal diperolehi oleh organisasi yang menggunapakai standard halal MS 1900 di dalam urusan operasi hariannya.