Perspektif Psikologi dan Retorik Al-Quran terhadap Aspek Emosi dan Kesopanan Komunikasi dalam Al-Quran
Abstrak: Aspek emosi dan hubungannya dengan ciri-ciri komunikasi yang sejahtera merupakan perkara penting dalam interaksi manusia. Kajian berkaitan kedua-dua bidang tersebut banyak dibincangkan dalam disiplin ilmu masing-masing. Namun, fokus perbincangan makalah ini merujuk kepada hubungan emosi dengan kesopanan komunikasi khusus dalam konteks ilmu psikologi dan retorik al-Quran. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengkaji perspektif psikologi dan retorik al-Quran terhadap aspek emosi dan kesopanan komunikasi dalam al-Quran. Kajian kualitatif ini cuba menjelaskan beberapa ayat-ayat Al-Quran bertemakan emosi dan kesopanan komunikasi dengan fokus ulasan daripada sudut psikologi dan retorik al-Quran. Dapatan menunjukkan bahawa tema emosi dan kesopanan komunikasi dalam al-Quran mengandungi prinsip psikologi dan retorik al-Quran (seperti kosa kata, struktur ayat dan makna). Pertama, ayat al-Quran bertemakan emosi dan kesopanan komunikasi memaparkan keterikatan emosi yang memberi impak emosi terhadap jiwa manusia. Kedua, ayat-ayat kesopanan komunikasi mengandungi unsur retorik al-Ma’ani yang menggalakkan komunikasi harmoni dan sejahtera. Satu kerangka konsepsual komunikasi berasaskan prinsip kesopanan dan emosi dibentuk bagi menggambarkan konsep ini. Kajian ini merupakan salah satu bidang penyelidikan yang menggabungjalinkan pelbagai bidang iaitu bidang psikologi dan retorik bahasa Arab (dalam konteks al-Quran) dalam menjelaskan tema-tema kemanusiaan dalam al-Quran sebagai panduan kepada manusia sejagat. Abstract: The emotional aspect and its relationship with the characteristics of communication politeness are important in human interaction. Various studies of these fields are widely discussed in their respective disciplines. However, the focus of discussion refers to the relationship of emotion and communication politeness specifically in the psychological and Quranic rhetorical contexts. Thus, this paper aims to examine the psychological and rhetorical perspectives of the Quran toward the emotion and communication politeness in the Quran. This qualitative study attempts to explain some of the Quranic verses on emotions and communication politeness themes from the perspectives psychology and Quranic rhetoric. The findings indicate that emotion and communication politeness themes in the Qur’an contain the psychological and Quranic rhetorical principles (such as vocabulary, sentence structure and meaning). First, the Quranic-based emotions and communication politeness displays specific emotional attachment that have an emotional impact on human psyche. Second, the Quranic-based communication politeness contain rhetorical discipline of ilm al-Ma’ani (word order) that encourages harmonious and prosperous communication. A conceptual framework of communication based on the principles of politeness and emotion was formed to illustrate this concept. This study is one of the upward research areas that tries to combine multidisciplinary- psychology and applied rhetoric Arabic-al-Quran in explaining the themes of humanity in the Quran as a guide to universal human beings.