The research aims to measure secondary school students career maturity level. The research also attempts to find out whether those variables are related to other variables such as gender and educational stream. A total of 1060 respondents from 106 regular daily national secondary schools in Terengganu have been identified as research sample and they are selected through systematic random sampling process. This survey type of research uses a set of questionnaire and interview protocol. The questionnaire comprised three sub scales: (i) Personal information and student involvement in career guidance and counseling programme, (ii) Career Maturity Inventory. The alpha value for career maturity is 0.92. Data had been analyzed using descriptive analysis i.e. frequency, percentage, t-Test, mean, and standard deviation. Besides, inferential analysis such as ANOVA and linear regression is also applied to test research hypothesis. The result indicates that in general career maturity among the students ranking from low to medium level. It has also found that students’ career maturity are significantly different based on gender and educational stream. However, there is no significant difference between the students’ career maturity based on race. The report concludes although career guidance and counseling programme activity plays important role in the development of the two variable. The findings have important implications for development of career guidance and counseling programme in schools.
Key Words: Career Maturity, Career Guidance, Career Counseling Programme.
Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kematangan kerjaya pelajar-pelajar sekolah menengah. Kajian ini juga meninjau sama ada kedua-dua pemboleh ubah tersebut dapat dikaitkan dengan pemboleh ubah-pemboleh ubah lain seperti jantina dan aliran atau jurusan pengajian. Sampel kajian terdiri daripada 1060 orang pelajar yang dipilih dengan kaedah pensampelan rawak bersistematik daripada 106 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Harian Biasa di negeri Terengganu. Kajian yang dijalankan secara tinjauan ini menggunakan soal selidik. Soal selidik yang digunakan untuk memungut data mempunyai dua skala kecil iaitu; (i) Maklumat dan biodata diri dan (ii) Inventori kematangan kerjaya, yang telah diuji dan didapati mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu nilai alpha bagi kematangan kerjaya ialah 0.92. Data yang dipungut telah dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu peratusan, frekuensi, min dan sisihan piawai bagi menjawab soalan kajian, manakala analisis inferensi seperti Ujian-t dan ANOVA digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil kajian mendapati bahawa secara umumnya tahap kematangan kerjaya pelajar berada pada tahap rendah dan sederhana. Bagaimanapun, kematangan kerjaya pelajar didapati berbeza secara signifikan berdasarkan jantina, dan aliran atau jurusan pengajian. Kesimpulannya, tahap kematangan kerjaya pelajar turut dipengaruhi oleh faktor jantina, aliran atau jurusan pengajian. Justeru, sebarang aktiviti program bimbingan dan kaunseling kerjaya perlulah mengambil kira faktor-faktor pemboleh ubah tersebut.
Kata kunci: Kematangan Kerjaya, Bimbingan Kerjaya, Program Kaunseling Kerjaya.