ABSTRAKSI: Kajian ini bertujuan untuk memahami definisi kepakaran dan hubung-kaitnya dengan sesuatu profesion dalam konteks bidang perubatan. Sebelum definisi kepakaran diperoleh, pemahaman yang jelas harus didapati mengenai definisi profesion; dan kajian ini akan meneliti beberapa kajian utama yang telah dilakukan untuk mengkaji persoalan berkenaan. Terdapat tiga pendekatan utama yang selalu diperkatakan untuk memahami maksud profesion, iaitu: pendekatan statik, pendekatan proses, dan pendekatan sosio-ekonomi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, yang mana sekumpulan 12 orang informan di temubual pada sekitar Ogos 2016; dan menggunakan penyelidik sebagai instrumen kajian, pelbagai aspek diteliti untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam bersabit definisi kepakaran daripada informan, yang mana informan itu sendiri merupakan pakar dalam bidang perubatan. Kajian mendapati terdapat beberapa perkara yang membawa maksud kepakaran dalam bidang perubatan, iaitu: pengiktirafan rasmi; pengkhususan; menamatkan keperluan dipantau oleh seorang doktor pakar; tahap kompetensi yang tinggi; mempunyai kemahiran di luar bidang perubatan, seperti kemahiran bersosial dan berkomunikasi; serta menerima pengiktirafan daripada badan pemantau.KATA KUNCI: Kepakaran; Pembelajaran; Pendidikan Profesional Lanjutan; Profesion. ABSTRACT: “The Definition of Expertise in a Profession of Medical Doctors in Malaysia”. The research strives to understand the definition of expertise and its relation with a professional field in the context of the medical profession. Before expertise can be defined and properly understood, the research goes through a literature review of the definition and criteria of a profession. There are three main approaches that can be used to view a profession, which are the static approach, the process approach, and the socio-economic approach. This research adopts a qualitative approach, in which a sample of 12 informans is interviewed in August 2016; and using the researcher as an instrumentl, various aspects is being enquired to obtain a thorough understanding of the meaning of expertise to the informans, who are themselves specialist medical professionals and are considered “expert” in the medical field. The outcome summarizes that official certification; specialization on a specific field; completion of a serious of expertise checklist, including a being under the supervision of a mentor; a high level of competency; possessing soft skills and capabilities outside of the medical profesion; and receiving official recognition from a monitoring body are key criterias that defines expertise in the medical profession. KEY WORD: Expertise; Learning; Continuing Professional Education; Profession. About the Authors: Nur Fariza Tukiman ialah Pelajar di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM (Universiti Putra Malaysia), Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Assoc. Prof. Dato Dr. Norhasni Zainal Abiddin ialah Pensyarah di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Alamat emel penulis: [email protected] dan [email protected] Suggested Citation: Tukiman, Nur Fariza Norhasni Zainal Abiddin. (2018). “Makna Kepakaran dalam Profesion Doktor Perubatan di Malaysia” in MIMBAR PENDIDIKAN: Jurnal Indonesia untuk Kajian Pendidikan, Volume 3(2), September, pp.137-148. Bandung, Indonesia: UPI [Indonesia University of Education] Press, ISSN 2527-3868 (print) and 2503-457X (online). Article Timeline: Accepted (March 2, 2018); Revised (June 22, 2018); and Published (September 30, 2018).