A mutashabihat verse (anthropomorphism) is a verse that contains many interpretations as it has various dimensions of meaning. Explicitation is one of the translation procedures introduced by Vinay and Darbelnet as an effort to make the target language readers understand clearly the implicit meaning contained in the source text. In other words, the implicit meaning contained in the source text can be revealed into the target text through this procedure. A translator whose role is to transfer the meaning of source text is always bounded by a certain ideology that will influence his translation works. This study aims to examine the forms of explicitation used in the translation of the mutashabihat verses in the Quran and relate them to translators’ ideologies. This study adopted a qualitative approach that led to the analysis of text content of the Quran, which is elaborated descriptively by selecting three (3) words found in the text of the Quran that is related to Allah, as the sample of the study which are )يد( ,)استوى( and (أعين ). The corpus texts used are the Malay Quran translation by Abdullah Basmeih, Mahmud Yunus, and Zaini Dahlan. The findings showed that the translation of the mutashabihat verses used various forms of explicitation to enhance a clearer understanding of the target readers to the meaning of the Qur'an, such as lexical specification, the addition of explanatory remarks, additional information in brackets and footnotes. In addition, studies found that Mahmud Yunus and Zaini Dahlan retained the meaning of translated mutashabihat verses literally without giving an esoteric interpretation of the Quran and sometimes inclined towards the ideology of al-Ta’wil. On the other hand, Abdullah Basmeih was more prone to the ideologies of al-Ta’wil and al-Ithbat bi Dawabit in translating the verses.
ABSTRAK
Ayat mutashabihat ialah ayat yang mengandungi banyak pentafsiran kerana mempunyai pelbagai dimensi makna. Eksplisitasi pula ialah salah satu prosedur terjemahan yang diperkenalkan oleh Vinay dan Darbelnet sebagai usaha agar pembaca bahasa sasaran memahami dengan jelas makna implisit yang terkandung di dalam teks sumber. Melalui prosedur ini, bentuk makna implisit yang terkandung di dalam teks sumber dapat dizahirkan ke dalam teks sasaran. Penterjemah selaku pihak yang memainkan peranan dalam memindahkan makna sebenarnya sentiasa terikat dengan ideologi tertentu yang akan mewarnai teks sasaran yang dihasilkannya. Kajian ini bertujuan meneliti bentuk eksplisitasi yang terdapat dalam terjemahan ayat-ayat mutashabihat dalam al-Quran serta menghubungkaitkannya dengan pengaruh aliran pemikiran yang dipegang oleh penterjemah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menjurus kepada analisis kandungan teks al-Quran yang dihurai secara deskriptif dengan memilih tiga (3) perkataan yang dinisbahkan kepada Allah SWT yang terdapat dalam teks al-Quran sebagai sampel kajian iaitu lafaz )ىوتسا(, )دي( dan (أعين ). Korpus kajian pula adalah teks al-Quran yang diterjemahkan oleh Abdullah Basmeih, Mahmud Yunus dan Zaini Dahlan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terjemahan ayat-ayat mutashabihat menggunakan pelbagai bentuk eksplisitasi untuk memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pembaca sasaran terhadap makna al-Quran iaitu bentuk pengkhususan, penambahan maklumat, maklumat tambahan dalam kurungan dan nota kaki. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa Mahmud Yunus dan Zaini Dahlan mengekalkan makna literal teks al-Quran tanpa takwilan dan kadang-kadang condong kepada aliran pemikiran al-Ta’wil dalam menterjemahkan ayat mutashabihat. Manakala Abdullah Basmeih pula lebih cenderung kepada aliran pemikiran al-Takwil dan al-Ithbat bi Dawabit dalam memberikan maksud ayat mutashabihat.