Penguasaan Pembelajaran al-Quran Berbantukan Aplikasi Multimedia Interaktif Smart Iqra’: Kajian di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma, Pulau Pinang
The teaching process assisted by multimedia can make learning more fun. The selection of Quran learning software based on multimedia, taking into consideration about the difference and ability of the individual in ensuring that objectives and learning outcomes are achieved and empowered in speed up the learning process of the Quran. This article discusses proficiency learning the Quran with Smart Iqra 'interactive multimedia application. The objective of this study to identify the proficiency of Quranic learning among visually impaired students at SKPK, Alma in using Smart Iqra 'interactive multimedia application. The study was qualitative using semi-structured observation and semi-structured interviews to assess the learning process of pupils in SKPK Alma. In addition, this study also uses document analysis methods to obtain J-Qaf achievement reports. The findings show that the application of this Smart Iqra 'app has a positive impact on the students in terms of improving the quality of the Quran and having the ability to learn the Quran well. This is important in making a great contribution in the teaching and learning of the Quran. It is hoped that teachers can plan their teaching systematically with the help of Smart Iqra 'software so that the teaching of the Quran which is considered difficult by most visually impaired student will be a simple and fun subject. Abstrak Proses pengajaran berbantukan multimedia mampu menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Pemilihan perisian pembelajaran al-Quran berasaskan multimedia yang mengambil kira perbezaan dan kemampauan individu adalah penting dalam memastikan objektif dan hasil pembelajaran tercapai serta berupaya membantu mempercepatkan proses pembelajaran al-Quran. Artikel ini membincangkan penguasaan pembelajaran al-Quran berbantukan aplikasi multimedia interaktif Smart Iqra’. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penguasaan pembelajaran al-Quran dalam kalangan murid OKUMP di SKPK, Alma dalam menggunakan aplikasi multimedia interaktif Smart Iqra’. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian pemerhatian dan temubual separa berstruktur bagi menilai proses pembelajaran al-Qur’an murid-murid di SKPK Alma. Di samping itu, kajian ini juga menggunakan kaedah analisis dokumen bagi mendapatkan laporan pencapaian J-qaf. Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan aplikasi Smart Iqra’ ini memberi impak yang positif kepada murid-murid dari sudut peningkatan kualiti penguasaan al-Quran serta mempunyai keupayaan mempelajari bacaan al-Quran dengan baik. Hal ini penting dalam memberi sumbangan yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Diharapkan para guru dapat merancang pengajaran secara sistematik dengan bantuan perisian Smart Iqra’ supaya pengajaran al-Quran yang dianggap sukar oleh kebanyakan pelajar OKUMP akan menjadi suatu mata pelajaran yang mudah dan menyeronokkan.