Tahap Minat dan Penerimaan Pelajar Terhadap Gamifikasi dalam Bidang Sirah
The gamification method is one of the 21st century teaching methods that combines learning content with mechanical elements of a game. Nowadays, this method is widely used by teachers while teaching online by using various free applications on the internet such as Kahoot!, Quizizz, Quizlet, Wordwall, and Qimkit. This study aims to identify the level of interest and acceptance of students on gamification methods in teaching and facilitation (PdPc) Islamic History. Quantitative research methods were used on 118 years four students in a primary school. Respondents were selected by simple random sampling. The results of the study showed that the level of interest and acceptance of primary school students towards gamification method in Sirah teaching is at a high level. It’s means that the level of interest and acceptance of students on gamification methods during PdPc is positive in that primary school. Implications of this study is to provide guidance for teachers in preparing and providing appropriate learning for the 21st century generations. Keyword: Interest, Student acceptance, Gamification, Islamic History and 21st century Education Abstrak Kaedah gamifikasi merupakan salah satu kaedah pengajaran abad ke-21 yang menggabungkan antara isi kandungan pembelajaran dengan unsur-unsur mekanik permainan. Kini, kaedah ini banyak digunakan oleh guru-guru semasa mengajar secara atas talian dengan menggunakan pelbagai aplikasi percuma di internet seperti Kahoot!, Quizizz, Quizlet, Wordwall, dan Qimkit. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap minat dan penerimaan pelajar terhadap penggunaan kaedah gamifikasi dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Sirah Pendidikan Islam. Kaedah penyelidikan kuantitatif telah digunakan terhadap 118 orang pelajar tahun empat di sebuah sekolah rendah. Responden dipilih dengan persampelan rawak mudah bertujuan. Hasil kajian mendapati tahap minat dan penerimaan pelajar sekolah rendah terhadap penggunaan kaedah gamifikasi dalam PdPc Sirah berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah gamifikasi semasa PdPc adalah positif di sekolah rendah tersebut. Implikasi kajian ini dapat memberi petunjuk kepada guru-guru dalam penyediaan pembelajaran yang sesuai kepada generasi abad ke-21. Kata kunci: Minat, Penerimaan pelajar, Gamifikasi, Sirah dan Pendidikan abad ke-21