[Factors of Deviation Among At-Risk Adolescents From an Islamic Perspective] Faktor Penyimpangan dalam Kalangan Remaja Berisiko dari Perspektif Islam
In the development process known as the adolescent stage, adolescents are often viewed as not having fully reached cognitive maturity. According to the Islamic perspective, at-risk adolescents are identified for their non-conforming trait. This may mean the abandonment of Islam as a path and a lifestyle. As such, it is most likely that these at-risk adolescents end up compromising Islamic values. The objective of this paper is to identify factors that contribute to delinquency from the perspective of Islam. Research is conducted through analyses of Qur’anic verses, hadiths, as well as secondary sources. Data is then analysed through inductive observation and presented conceptually and theoretically. This paper finds that delinquency are caused by two contributing factors. The first is the individual’s weak iman (faith) or the individuals’ lack of Islamic understanding; secondly, external factors such as the environment that also play a contributing role in delinquency. However, the depth to which these factors contribute to the problem depend on the individual’s self-control as well as the amount of exposure the individual has to the aforementioned factors. It is thus important that Islamic teaching play a crucial role in curbing delinquency especially during the adolescent stage. Key words: at-risk adolescents, delinquency, Islamic teaching. Dalam proses perkembangan usia remaja, sering kali remaja dikaitkan dengan usia yang belum mencapai tahap kematangan berfikir. Menurut perspektif agama, remaja berisiko dapat dikenal pasti dalam masalah penyimpangan. Penyimpangan ialah meninggalkan kebenaran dari jalan yang lurus menurut tuntutan agama Islam. Oleh itu, masalah penyimpangan remaja boleh membawa krisis nilai dalam kehidupan. Objektif kajian ini ialah untuk mengetahui faktor-faktor penyimpangan menurut perspektif agama. Kaedah kajian dijalankan menerusi analisis kandungan dokumen berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan hadith serta sumber-sumber karya sekunder. Data-data dianalisis menerusi proses penelitian secara induktif dan dijelaskan dalam bentuk konsep dan teori. Hasil kajian mendapati faktor penyimpangan dalam Islam merujuk kepada dua faktor gabungan iaitu pertama, faktor dalaman iaitu kelemahan iman atau tiada kesedaran jiwa beragama yang boleh menghalang manusia dari menyimpang. Kedua, faktor luaran iaitu kewujudan desakan dorongan luar yang menggalakkan kepada perbuatan menyimpang yang menjadi faktor penggerak dari pengaruh persekitaran. Walau bagaimanapun, risiko dalam perspektif agama dan kaitannya dengan faktor penyebab perlakuan mengambil risiko bergantung kepada kawalan tabiat seseorang yang terdedah terhadap pengaruh kedua-dua faktor tersebut. Oleh itu, penekanan kepada aspek agama sangat dituntut semasa proses perkembangan akil baligh remaja. Kata kunci: Remaja berisiko, penyimpangan, ajaran Islam