Pelaksanaan dan Persepsi Pelajar Terhadap Strategi Pembelajaran dan Kemahiran Insaniah dalam Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di Universiti Malaya
The TITAS course has been implemented at the University of Malaya and is offered to all first-degree students in public universities since academic session of 1998/1999 through various approaches. The TITAS course has its own uniqueness based on course content and is compulsory to all students regardless of their field of study. This course is important to foster and nurture the spirit of understanding, respect, and harmony between races, cultures, religions and beliefs in Malaysia. To ensure the values and understanding between cultures can be applied to the students, the learning strategy has been diversified to the needs of this course. This paper therefore aims to explain TITAS's learning strategies in University of Malaya and student perceptions on learning strategies that embody the Soft Skills (KI) elements and their achievements in achieving the KI. This study focuses on two elements of KI that is teamwork skills and communication skills. This study uses library study method to explain the implementation of the TITAS course at the University of Malaya. A survey was conducted with distribution of questionnaires to 120 students to determine their KI achievement. Results are analysed descriptively in percentage and frequency form. It is found that students' perceptions of learning strategies and assessment methods were significant and had a positive effect on their courseworks and KI achievements. Students are not faced with problems in carrying out group assignments that involved various ethnic backgrounds. They are also less interested in carrying out written report tasks than fun-filled tasks, especially involving out-of-class activities.Keywords: Islamic and Asian Civilization Course; learning strategies; soft skills; students Abstrak: Kursus TITAS telah dilaksanakan di Universiti Malaya dan ditawarkan kepada semua pelajar Ijazah Pertama Universiti Awam (UA) sejak sesi akademik 1998/1999 melalui pelbagai pendekatan. Kursus TITAS mempunyai keunikan tersendiri berdasarkan isi kandungan kursus dan diwajibkan kepada semua pelajar tanpa mengira bidang pengajian mereka. Kursus TITAS juga merupakan satu kursus yang penting untuk memupuk dan menyuburkan semangat persefahaman, hormat-menghormati dan hidup yang harmonis antara kaum, budaya, agama dan kepercayaan di Malaysia. Bagi memastikan nilai-nilai dan persefahaman antara budaya dapat diterapkan dalam diri pelajar, strategi pembelajaran telah dipelbagaikan bersesuaian dengan keperluan kursus ini. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan strategi pembelajaran kursus TITAS di Universiti Malaya dan persepsi pelajar terhadap strategi pembelajaran yang menerapkan elemen Kemahiran Insaniah (KI) serta pencapaian mereka bagi memperoleh KI tersebut. Kajian ini memfokuskan dua elemen KI iaitu kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran berkomunikasi. Kaedah kajian perpustakaan digunakan bagi menjelaskan pelaksanaan kursus TITAS di Universiti Malaya. Manakala kajian lapangan dilakukan melalui pengedaran borang soal selidik kepada 120 pelajar bagi meninjau pencapaian KI mereka. Hasil analis data dihuraikan secara deskriptif iaitu dalam bentuk peratusan dan kekerapan atau frekuensi. Kajian ini mendapati bahawa persepsi pelajar terhadap strategi pembelajaran dan kaedah penilaian adalah signifikan dan memberi kesan yang positif kepada pencapaian yang diperoleh dalam penilaian kerja kursus dan pencapaian KI. Pelajar tidak menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai etnik dan latar belakang. Mereka juga kurang berminat untuk melaksanakan tugasan berbentuk laporan bertulis berbanding tugasan yang dilihat lebih menyeronokkan terutamanya melibatkan aktiviti luar kelas.Kata kunci: Kursus Tamadun Islam dan Asia (TITAS), strategi pembelajaran, kemahiran insaniah, pelajar