[Sogit Practices on Muslim Sabahans in Native Courts: A Study From A Legal Perspective]Amalan Sogit Ke Atas Anak Negeri Sabah Beragama Islam Di Mahkamah Anak Negeri: Kajian Dari Perspektif Hukum
This study was conducted to determine the actual position of political syar'iyyah from the perspective of Islam and its practices in the context of the state of Kelantan, especially in the field of art and entertainment. The study also followed up with the state government and police of the arts, as well as reforms carried out from 1990 to 2015. The focus of this research focuses on the application of the basic arts and entertainment through the enforcement of the Control of Entertainment and Places of Entertainment 1998, Cultural Performance Guidelines (entertainment) Act 1998 and Control of Entertainment Enactment 2003, which became the main purpose of the exercise of political syar'iyyah. Analysis carried out on the action and reform the state government to the arts by syar'iyyah political perspective. The study employs a library and analysis of official documents such as circulars, news, enactment and guidelines issued by the state government. The study found that ijtihad and reforms undertaken during the period managed to bring about change and give the benefit to the community in Kelantan. It is hoped that this study can contribute to the enrichment of the cultural heritage of the Malay Muslims in accordance with the tenets and formation syar'iyyah political capital of the arts and entertainment that coincide with Islamic law. We hope this study will help art researchers in the future. Sogit adalah satu bentuk pampasan yang diperuntukan dalam Kaedah Mahkamah Anak Negeri (Undang-Undang Adat Anak Negeri Sabah) 1995 sekiranya berlaku pelanggaran adat. Salah satu sogit ialah sogit “kapanasan kampung”. Berdasarkan amalan adat masyarakat anak negeri Sabah, sogit kepanasan kampung adalah satu amalan dan kepercayaan masyarakat pagan anak negeri Sabah bagi menggelakkan semangat yang menjaga mereka murka kerana pelanggaran adat yang dilakukan di kampung mereka. Mengambil kira orang Islam juga menjadi subjek di Mahkamah Anak Negeri, Objektif artikel ini adalah untuk mengkaji sejauhmanakah orang Islam dikenakan sogit kepanasan kampung di Mahkamah Anak Negeri dan apakah hukum sogit kepanasan kampung tersebut mengikut hukum syarak. Objektif ini akan dijawab melalui kaedah temubual terhadap Mufti Negeri Sabah dan Ketua-Ketua Daerah serta penelitian fail kes di Mahkamah Anak Negeri. Daripada 26 kes yang dikaji, terdapat 14 kes melibatkan orang Islam. Berdasarkan pandangan Mufti Negeri Sabah, sogit kepanasan kampung tersebut tidak boleh dijatuhkan kepada orang Islam kerana ia ada melibatkan isu akidah. Memandangkan sogit kepanasan kampung tidak bertepatan dengan hukum syarak, maka ianya juga tidak memenuhi matlamat syariah atau yang pertama iaitu menjaga agama atau ad-din. Oleh kerana itu, sogit kepanasan kampung ini bukanlah satu adat atau urf yang terangkum dalam kaedah fikah “al-addah al-muhakkamah”. Sebagai sebuah institusi kehakiman yang di hormati, Mahkamah Anak Negeri perlu mengambil beberapa pendekatan yang lebih bertepatan dengan hukum syarak dalam menjatuhkan sogit kepanasan kampung kepada orang Islam.