Tahap Pengetahuan Dan Amalan Pengambilan Buah Kurma Dalam Kalangan Pelajar Bidang Sains Kesihatan Dan Pengajian Islam
The practice of eating dates is common among Malaysians. However, the level of knowledge and consumption practice on dates among the population in this country is still not much studied. A cross-sectional study was conducted on 207 final year undergraduates from Universiti Sains Malaysia (USM) and 96 final year undergraduate students from Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). The objective of this study was to compare the level of knowledge and practices on dates among students from Health Sciences (USM) and Islamic Studies background (KIAS). The information on knowledge and practices of dates consumption among the respondents was obtained using a questionnaire. Results showed that most students from Islamic Studies (94.8%) and Health Sciences (81.6%) background had a good level of knowledge on dates. The practices of eating dates daily during the previous month of Ramadan was high among students in Islamic education (84.4%) and Health Sciences (80.7%). However, the practice of daily dates consumption every day outside Ramadan was low at only 15.6% among Islamic Studies and 6.8% Health Sciences students. The sweet taste was the primary factor on the main reason why dates were not regularly consumed among the two groups of students. In conclusion, the level of knowledge and practice of dates consumption among students in Islamic Studies are better than students in Health Sciences. However, the practice of consuming dates outside the month of Ramadan was still low for both groups. There ought to be more campaigns to promote the consumption of dates amongst the communities in this country as dates contain high nutrients and it is also a favourite food of the Prophet. Abstrak Amalan pengambilan buah kurma dalam kalangan rakyat Malaysia adalah sudah tidak asing lagi. Namun, sejauh manakah tahap pengetahuan dan amalan pengambilan buah kurma dalam kalangan penduduk di Negara ini, masih tidak banyak dikaji. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan ke atas 207 pelajar peringkat ijazah tahun akhir bidang Sains Kesihatan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan 96 pelajar ijazah tahun akhir bidang Pengajian Islam daripada Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Objektif kajian ialah untuk membandingkan tahap pengetahuan dan amalan pengambilan buah kurma dalam kalangan pelajar berlatar belakang Sains Kesihatan dan Pengajian Islam. Maklumat pengetahuan dan amalan pengambilan buah kurma oleh responden diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik. Keputusan kajian mendapati kebanyakan pelajar daripada bidang Pengajian Islam (94.8%) dan Sains Kesihatan (81.6%) mempunyai tahap pengetahuan mengenai buah kurma pada tahap yang baik. Amalan pengambilan buah kurma pada kekerapan setiap hari semasa bulan ramadhan adalah tinggi dalam kalangan pelajar bidang Pengajian Islam (84.4%) dan Sains Kesihatan (80.7%). Walau bagaimanapun, amalan pengambilan setiap hari di luar bulan ramadhan adalah rendah iaitu cuma 15.6% dalam kalangan pelajar bidang Pengajian Islam dan 6.8% dalam kalangan pelajar bidang Sains Kesihatan. Faktor rasa manis adalah penyebab utama mengapa amalan pengambilan buah kurma tidak diambil secara berterusan dalam kalangan kedua-dua kumpulan. Kesimpulannya, tahap pengetahuan dan amalan pengambilan buah kurma dalam kalangan pelajar bidang Pengajian Islam adalah lebih baik berbanding dengan pelajar bidang Sains Kesihatan. Walau bagaimanapun amalan pengambilan buah kurma di luar bulan Ramadhan adalah masih rendah untuk kedua-dua kumpulan yang dikaji. Kempen untuk menggalakkan pengambilan buah kurma dalam kalangan komuniti di Negara ini patut diadakan, memandangkan buah kurma mengandungi tinggi nutrient dan termasuk dalam jenis makanan yang disukai oleh Rasulullah.