[Basic Concepts and Principles of Manufacturing According to Islam] Konsep Asas dan Prinsip Pembuatan Menurut Islam
Malaysia has been practising manufacturing practices brought by the West and East which aim purely for materialism. This phenomenon causes a variety of problems in the manufacturing sector in this country, such as the erosion of the humanity, environmental pollution and exploitation of human labor. Manufacturing practices that are not based on the Islamic concept lead to many things that neither conform to sharia compliance nor suitable to the needs of the Muslim society. This study has two objectives. Firstly, to identify the principles of manufacturing from Islamic point of view. Secondly, to formulate a definition of Islam manufacturing as a fundamental procedure that can be used as a basis of manufacturing practices that abide to sharia, taharah, barakah and can eliminate shubhah. This qualitatif study uses document analysis as its instrument. It involves inductive and comparative analysis of data generated from Quran, hadith and Islamic scholars’ writing. This study found that there are 4 fundamentals of Islam manufacturing: tauhid, man as khalifah, akhlak and quality of product. Meanwhile the principles of Islam manufacturing are associated with owners, capitalization, staff, premises, equipment, materials, work processes, and product documentation. The study concluded that Islamic manufacturing is a balanced and integrated process of transforming the source of material which is syariah compliant, taharah and barakah towards the elimination of shubhah for the welfare of the community in this world and hereafter. Keywords: Islamic manufacturing, syariah compliance, taharah, barakah, shubhah. Negara Malaysia telah di sebati dengan amalan pembuatan yang dibawa oleh barat dan timur yang bermatlamatkan kebendaan semata-mata. Fenomena ini mengundang pelbagai masalah dalam sektor pembuatan di negara ini seperti materialisme, hakisan nilai kemanusiaan, pencemaran alam sekitar, pembaziran dan eksploitasi tenaga manusia. Amalan pembuatan yang tidak dikawal dengan konsep Islam menyebabkan banyak perkara yang terlibat dalam proses pembuatan tidak menepati kepatuhan syariah serta tidak bersesuaian dengan keperluan masyarakat Islam. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti prinsip-prinsip pembuatan dari pandangan Islam dan merumuskan satu definisi pembuatan Islam sebagai satu usaha untuk mengasaskan teori pembuatan Islam yang boleh dijadikan dasar kepada amalan pembuatan Islam yang menepati kepatuhan syariah, taharah, barakah dan boleh menghapuskan shubhah. Kajian kualitatif ini menggunakan analisis dokumen sebagai instrumen kajian. Ia melibatkan analisis data secara induktif dan komparatif terhadap sumber-sumber muktabar Islam iaitu al-Quran, hadith dan penulisan para sarjana Islam. Kajian ini mendapati asas-asas pembuatan Islam meliputi tauhid, manusia sebagai khalifah, akhlak dan produk yang berkualiti. Sementara itu, prinsip-prinsip pembuatan Islam merangkumi komponen-komponen yang melibatkan pemilik perusahaan, permodalan, pekerja, premis, peralatan, bahan, proses kerja, pendokumentasian dan produk. Berasaskan pandangan Islam tentang asas pembuatan serta prinsip-prinsip pembuatan Islam yang diterokai, maka kajian ini merumuskan pembuatan Islam ialah satu proses yang bersepadu dan seimbang dalam mentransformasikan sumber bahan yang menepati kepatuhan syariah (syariah compliance), taharah dan barakah ke arah penghapusan shubhah demi kesejahteraan ummah di dunia dan akhirat. Kata kunci: Pembuatan Islam, kepatuhan syariah, taharah, barakah dan shubhah.