[Legal Resources for Agricultural Land Development According to Islamic Perspective: National Agricultural Policy (Dpn)] Sumber Perundangan Pembangunan Tanah Pertanian Menurut Perspektif Islam: Dasar Pertanian Negara (DPN)
The National Agricultural Policy (NAP) 1 1984-1991, NAP 2 1992-1997, NAP 3 1998-2010, is a government transformation in enhancing national economic development, developing agricultural sector and improving food quality. The objective of this study is to survey the sources of agricultural legislation in the Islamic perspective. The methodology of this study uses the design of data analysis studies collected through a descriptive approach with a combination of qualitative approaches and analyzes texts documents such as official reports, circulars, annual reports, department reports, financial plans, agency reports, and transcript. The findings show that the source of Islamic agricultural legislation is to abolish dharar, highlight the concept of al-falah wa al-khusran, create the concept of al-khalifah, avoid all forms of al-israf wastage, emphasizes the concept of awlawiyah in improving food quality and national income, emphasizes the food nutrition and clean diet. The implications of the study suggest that the adoption of Islamic agricultural policies on specialized agencies such as the Ministry of Agriculture and Agro-based Industry should be given due attention to the development of agriculture in Islam and the development of farmers in undertaking improvement efforts on management and administration in line with Islamic law. Dasar Pertanian Negara (DPN) 1 1984-1991, DPN 2 1992-1997, DPN 3 1998-2010, merupakan satu transformasi kerajaan dalam meningkatkan pembangunan ekonomi negara, membangunkan sektor pertanian dan meningkatkan kualiti makanan negara. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sumber perundangan pertanian mengikut perspektif Islam. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kajian analisis data-data yang dikumpulkan melalui pendekatan deskriptif dengan gabungan pendekatan kualitatif serta menganalisis teks termasuk menganalisis dokumen-dokumen seperti laporan-laporan rasmi, surat pekeliling, laporan tahunan, laporan jabatan, rancangan kewangan, laporan agensi, dan transkrip. Hasil kajian mendapati bahawa sumber perundangan pertanian Islam ialah menghapuskan dharar, mengetengahkan konsep al-falah wa al-khusran, mewujudkan konsep al-khalifah, mengelakkan segala bentuk al-israf iaitu pembaziran, menekankan konsep awlawiyyah dalam meningkatkan kualiti makanan dan pendapatan negara, menekankan produk pemakanan yang halal dan bersih. Implikasi kajian mencadangkan penerapan dasar pertanian Islam ke atas agensi yang terlibat khusus seperti Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani harus diberi perhatian berkaitan pembangunan pertanian dalam Islam dan pembangunan petani dalam melakukan usaha penambahbaikan ke atas pengurusan dan pentadbiran sejajar dengan hukum syarak.