Di Malaysia, masyarakat menjalani kehidupan dengan berpandukan kepada agama. Satu konsep amat diperlukan yang boleh melindungi umat beragama sama ada yang muslim mahupun bukan muslim dan juga boleh mengelak perbalahan yang mungkin berlaku pada sesuatu masa nanti. Konsep harmoni yang dinamik mempunyai ciri kebersamaan yang boleh diterima semua golongan masyarakat dalam kehidupan beragama melalui pendekatan maqasid syariah. Oleh itu, kajian ini bertujuan menjelaskan konsep harmoni yang dinamik dalam kehidupan beragama. Juga mendedahkan kedudukan golongan bukan Islam yang menjalankan kehidupan di Malaysia. Selain itu, menjelaskan maqasid syariah dan peranannya dalam mewujudkan suasana masyarakat yang aman dan harmoni. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan rujukan yang bersifat deskriptif. Data yang diperoleh adalah bersumberkan data primer, iaitu kajian lapangan melalui observasi, jurnal, artikel dan laman web dan data sekunder, iaitu al-Quran dan hadith. Hasil kajian mendapati bahawa konsep harmoni yang dinamik merupakan panduan kehidupan beragama dengan berdasarkan kepada maqasid syariah.
In Malaysia, people live their lives by being religious. It is an indispensable concept that can protect religious ummah, either both Muslims and non-Muslims, and can also avoid possible disputes. The concept of dynamic harmony has the unifying feature of all groups of people in religious life through the shariah maqasid approach. Therefore, this study aims to explain the concept of dynamic harmony in religious life. It also reveals the position of non-Muslims who are living in Malaysia. In addition, it explains the sharia maqasid and its role in creating a peaceful and harmonious community. This study uses a research qualitative method with descriptive references. The data obtained is the source of primary data, namely field studies through observations, journals, articles and websites and secondary data, namely the Quran and hadith. The study found that the concept of dynamic harmony is a guide to religious life based on shariah maqasid