[INSTITUSI TAREKAT TASAWUF DALAM PEMANTAPAN SPIRITUAL INSAN] INSTITUTION OF SUFI ORDER IN HUMAN SPIRITUAL EMPOWERMENT
Sufism is a knowledge discipline which derives from three basic Islamic components along with tauhid and fiqh knowledge. It is a principle of knowledge discussing regarding the cleaning method and purification of soul of an individual Muslim from a mazmumah trait (al-takhalli) and self-prepared method with mahmudah trait (al-tahalli) in order to get the blessing of Allah. It requires a guidance and support from a qualified individual because in order to succeed, there must be many internal and external obstacles will arise that is not easy to be overcomed without guidance. Therefore, sufi order is an institution which consists of the practise and the true appreciation of sufism according with the syaikh mursyid’s leadership. Meanwhile, this study is purposing in explaining the concept of sufi order to the society with the main focus is to analyse the tarekat approach which is focused to its role in human spiritual empowerment. This is a qualitative approach study. The data collecting method used is a documentation method which refer to the secondary sources. The finding of the study summarised that the sufi order institution is an effective approach in empowering an individual spiritual through the syaikh mursyid’s approach in guiding the students (salik). Tasawuf merupakan salah satu disiplin ilmu daripada tiga komponen asas ilmu Islam di samping ilmu tauhid dan fikah. Ia adalah bidang ilmu yang membicarakan berkenaan kaedah pembersihan dan penyucian rohani seseorang individu Muslim daripada sifat mazmumah (al-takhalli) dan kaedah menghiasi diri dengan sifat mahmudah (al-tahalli) dalam usaha untuk sampai kepada keredaan Allah. Ia memerlukan kepada tunjuk ajar dan sokongan daripada individu yang berkelayakan lantaran dalam proses untuk mencapai kejayaan, sudah pasti akan terbentang pelbagai halangan dan rintangan dalaman mahupun luaran yang tidak mudah untuk diharungi tanpa bimbingan. Dengan demikian, tarekat tasawuf merupakan sebuah institusi yang mengandungi pengamalan dan penghayatan tasawuf yang sebenar melalui pimpinan syaikh mursyid. Oleh itu, kajian ini bertujuan menjelaskan konsep tarekat tasawuf kepada masyarakat dengan tumpuan utamanya untuk menganalisis pendekatan tarekat yang difokuskan kepada peranannya dalam pemantapan spiritual insan. Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif. Metode pengumpulan data yang digunakan ialah metode dokumentasi dengan merujuk kepada sumber-sumber sekunder. Dapatan kajian ini menyimpulkan bahawa institusi tarekat tasawuf merupakan satu pendekatan yang efektif dalam memantapkan spiritual individu melalui pendekatan syaikh mursyid dalam membimbing para salik.