TAHAP PENGETAHUAN MASYARAKAT KELANTAN TERHADAP KEGANASAN RUMAH TANGGA
Abstract: Domestic violence is a serious social problem and can affect the health and well-being of its victims. Domestic violence statistic showed that there were an increasing number of domestic violence cases from the year 2014 to 2019. The main objective of this study is to examine the knowledge level of the Kelantanese people on the issue of domestic violence. This study used a quantitative research design through the distribution of questionnaires to obtain raw data. The selection was made randomly with a sample of 200 respondents. The data collected was analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 17.0. The results of the study suggest that the level of knowledge of the people of Kelantan on the issue of domestic violence is at a high level with the mean value = 3.82 and standard deviation = 0.99. The findings of the study found that the majority of Kelantanese have a high knowledge on the issue of domestic violence. However, the number of domestic violence cases is relatively high. Thus, social support and encouragement from various parties such as friends, family and the authorities are necessary to reduce cases of domestic violence in the community. Keywords: Domestic violence, Physical abuse, Emotional abuse, Economic abuse, Sexual abuse Abstrak: Keganasan rumah tangga merupakan masalah sosial yang serius dan mampu memberi kesan kepada kesihatan serta kesejahteraan hidup seseorang. Statistik keganasan rumah tangga menunjukkan terdapat peningkatan dalam laporan mengenai kes keganasan rumah tangga yang berlaku pada tahun 2014 hingga 2019. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana tahap pengetahuan masyarakat Kelantan terhadap isu keganasan rumah tangga. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui edaran borang soal selidik bagi mendapatkan data mentah. Pemilihan sampel dibuat secara rawak mudah ke atas 200 orang responden. Kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Science Social (SPSS) versi 17.0. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan rakyat Kelantan terhadap isu keganasan rumah tangga berada pada tahap yang tinggi iaitu nilai min= 3.82 dan sisihan piawai= 0.99. Dapatan kajian mendapati bahawa majoriti rakyat Kelantan mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap isu keganasan rumah tangga. Namun begitu, jumlah kes keganasan rumah tangga yang berlaku di Negeri Kelantan adalah agak tinggi. Justeru, sokongan dan dorongan daripada pelbagai pihak seperti rakan, keluarga dan pihak berwajib adalah perlu bagi mengurangkan masalah kes keganasan rumah tangga dalam masyarakat. Kata kunci: Keganasan rumah tangga, Keganasan fizikal, Keganasan emosi, Keganasan ekonomi, Keganasan seksual