Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kualiti persediaan pelajar Melayu dan pensyarah kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran dalam menghadapi sistem meritokrasi. Secara khusus, kajian ini dijalankan untuk mengetahui sama ada terdapat atau tidak perbezaan antara persepsi pelajar dan pensyarah dalam lapan domain berkaitan meritokrasi dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Sampel terdiri daripada 1800 pelajar dan 180 pensyarah dari tujuh buah kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Data dikumpul mengunakan borang soal selidik pelajar dan pensyarah yang mengandungi tujuh domain yang berkaitan dengan kesediaan pensyarah dan pelajar Melayu terhadap meritokrasi iaitu konsep, perlaksanaan sistem, matlamat/kesan sistem meritokrasi serta pembelajaran pelajar, pengajaran pensyarah dan iklim pembelajaran. Data soalselidik dianalisis menggunakan SPSS versi 11.5. Analisis ANOVA satu hala, univariate ANOVA dan ujian –t digunakan bagi menjawab hipotesis kajian. Dapatan utama kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi skor min item kesediaan pelajar antara jenis sekolah terdahulu pelajar. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi item kesediaan pensyarah mengikut bidang pengkhususan. Untuk domain ekspektasi, keperluan dan kekangan, terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min pelajar dan pensyarah. Begitu juga terdapat perbezaan yang signifikan skor min item berkaitan kualiti, implikasi komitmen dan dorongan pelajar dan pensyarah dalam menghadapi meritokrasi. Keputusan ini menunjukkan wujudnya perbezaan diantara persepsi pelajar dan pensyarah bagi sesetengah aspek kesediaan menghadapi meritokrasi.
Kata kunci: Meritokrasi; pelajar matrikulasi; kesediaan pensyarah; kesediaan pelajar; pretasi akademik
This study was designed to ascertain the quality of readiness in addressing meritocracy among lecturers and Malays students who attended Matriculation College, Ministry of Education. In particular, this study aims to find out if there are differences between lecturers’ and students’ perception in the eight domains related to meritocracy and achievement. The sample consists of 1800 students and 180 lecturers from seven Matriculation College, Ministry of Education, Malaysia. Data was collected using students’ and lecturers’ self–report questionnaires that comprise seven domains related to meritocracy which include concept of implementation, objective and effect of meritocracy, students learning, lecturers teaching and learning environment. Data was analysed using SPSS version 11. A one–way ANOVA, UNIVARIATE ANOVA and –t test were used in testing the research hypotheses. Pertinent results of the study indicate that there is a significant difference in the students’ mean scores on aspects of readiness based on previous schools. Significant differences are also identified in the mean scores of items related to lecturers’ readiness and their area of specilisation. The findings also show significance difference in the mean score between expectation, needs and constraints between students and lecturers. There are also significant differences of the items on quality, implication of commitment and motivation of students and lecturers in their readiness towards meritocracy. In summary, the results show differences in the students’ and lecturers’ perceptions in some aspects of readiness towards addressing meritocracy.
Key words: Meritocracy; matriculation students; lecturers’ readiness; students’ readiness; academic achievements