ANALISIS PENGETAHUAN, SIKAP DAN TINGKAH LAKU KOMUNITI TEBING SUNGAI TERENGGANU, MALAYSIA
Abstract: River pollution is a problem that threatens humans, animals and plant. River pollution is often associated with a lack of knowledge about river pollution issue. This issue is also linked to a lack of responsibility in managing the river. This study aims to identify the level of knowledge, attitude and behavior of the residents at River Terengganu. The approach adopted in this study is a quantitative-based on the survey method. The findings show that the level of knowledge, attitude and behavior of residents on the issue of river pollution is moderate. The findings showed that the mean of knowledge, attitudes and behavior are respectively 4.38, 4.72 and 4.70. In conclusion, the people who are living near the river play a major role in maintaining the river's sustainability. So deep understanding is needed as a basis for shaping people's attitudes and behaviors in order to conserve the river. This study has the potential to improve these three elements to face the river pollution issues. Keywords: Knowledge, Attitude, Behavior, River Pollution, Terengganu River Abstrak: Pencemaran sungai merupakan masalah yang memberi ancaman kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Pencemaran sungai yang berlaku banyak dikaitkan dengan kurangnya pengetahuan berkaitan isu pencemaran sungai. Bahkan isu ini turut dikaitkan dengan kurangnya sikap bertanggungjawab dalam menguruskan sungai. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, sikap dan tingkah laku penduduk di Sungai Terengganu. Pendekatan yang digunapakai dalam kajian ini adalah kaedah kuantitatif yang berasaskan kepada kaedah tinjauan. Instrumen yang digunapakai adalah borang soal selidik yang mengandungi empat bahagian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan, sikap dan tingkah laku penduduk terhadap isu pencemaran sungai berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian mendapati min bagi pengetahuan, sikap dan tingkah laku adalah masing-masing 4.38, 4.70 dan 4.72. Kesimpulannya, masyarakat yang tinggal berhampiran sungai mempunyai peranan yang besar dalam menjaga kelestarian sungai. Maka pemahaman yang mendalam diperlukan sebagai asas untuk membentuk sikap dan tingkah laku masyarakat supaya memulihara sungai. Kajian ini berpotensi untuk meningkatkan ketiga-tiga elemen ini sekiranya berhadapan dengan isu pencemaran sungai. Kata kunci: Pengetahuan, Sikap, Tingkah Laku, Sungai Terengganu